Wednesday, October 12, 2011

Renungan bersama :)



السلام عليكم


Jemaah Haji Malaysia Maut Jatuh Hotel Tingkat 9

"Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan hotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).
Sumber memberitahu, mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima.
Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam biliknya di tingkat sembilan hotel berkenaan.
“Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Pejabat Tabung Haji ditempatkan di hotel ini. Sementara itu, jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Sementara itu, seorang jemaah haji Malaysia yang turut menetap di hotel sama, Mohd Faizal Mohd Noor berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke Masjid Nabawi, tidak jauh dari hotel itu untuk menunaikan solat Asar.
Katanya, dia ternampak mangsa terjatuh dari bilik hotelnya dan meninggal dunia di tempat kejadian. Al Fatihah. Innalillahi wa inna ilaihi rajiu'n..."

Baru-baru ni kita semua digemparkan dengan berita di atas. Mati itu sentiasa menanti. Semuanya telah ditentukan oleh Allah. Noktah. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Amin.

Dalam kuliah seorang ust baru-baru ini, satu pengajaran dan impian bermain di minda ni. 
"Dalam ziarah ana membawa jemaah haji (mutawwif) tahun lepas, ana berkesempatan melawat sebuah muzium di Madinah al-Munawwarah. Rupanya, banyak muzium yang ada di bumia ini. Malah, kata beberapa pelajar ada menyatakan bahawa di bawah Masjid Nabawi juga ada muzium. NAmun, kerana kesempitan masa, ana tidak berkesempatan untuk melawatnya. Ana dan jemaah di bawa oleh penjaga muzium melawat persekitaran muzium. 
Ana berkesempatan untuk bertanya padanya "Siapakah yang layak untuk dikebumikan di perkuburan Baqie' (perkuburan para Syuhada' dan sahabat Baginda s.a.w)?" 
Dia menjawab. "Sesiapa sahaja  yang meninggal di bumi Madinah akan dikebumikan di perkuburan Baqie', sama ada penduduk asal Madinah, penduduk asal Mekah, mahupun orang yang datang menunaikan Haji atau ziarah.." 
Ana terdiam. MasyaAllah, mulianya sesiapa yang meninggal di bumi Nabi Muhammad s.a.w ini. Bumi barokah. Subhannallah. Beruntunglah jemaah haji wanita yang meninggal di bumi Madinah baru-baru ini. Malah dalam hadith Baginda s.a.w ada menyebut "Mintalah pada Allah agar di matikan di bumiku ini.."  Ana ada menyebut pada para jemaah haji agar meminta dan memohon pada Allah dengan doa ini. Masing-masing terdiam.
Cuba bayangkan, Nabi Muhammad, kekasih Allah adalah orang yang pertama yang akan dibangkitkan oleh Allah nanti, dan kubur pertama yang akan dikorek untuk dibangunkan adalah perkuburan Baqie'. MashaAllah. Mereka akan dibangkitkan selepas Nabi Muhammad s.a.w.. Di belakang Nabi Muhammad yang mulia, habibullah."
Jannatul Baqie'

Terkedu mendengarnya. Dapatkah kita ganjaran sepertinya? Mudah-mudahan inshaAllah.

Buat para jemaah Haji yang dipilih Allah untuk menunaikan haji tahun ini, selamat menunaikan ibadah Haji dengan sempurna. Semoga dirahmati Allah selalu. Doakan diri ini agar dapat menjejaki bumi barokah itu lagi, Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah.

No comments:

Post a Comment