Sunday, November 21, 2010

# memoirs

Aku merindu, rindu dan terus merindu.. Sejak aku pergi meninggalkannya, hatiku resah.. Apa mungkinkah dapat ku kembali padanya? Ya, pasti, pasti dengan izin Allah.. InshaAllah.. Setiap kali terkenang detik manis dan saat indah aku dengannya, air mata akan berguguran.. Rindu.. Ketenangan pada waktu itu yang ku alami berbeda dengan ketenangan yang ada sekarang, mengapa? 


Namun, aku lelah, lelah mengejar rindu yang belum pasti berbalas, tika itu, aku meneruskan hidupku sendiri.. Jalan yang aku pilih atas petunjukNya.. Aku bahagia sekarang, namun, hakikatnya aku masih mengingati, dan mustahil akan ku cabut ingatanku terhadapnya..


Jalan hidupku penuh mehnah dan tribulasi, tetapi ku gagahkan jua menghadapinya agar sentiasa utuh untuk pergi bersama dengannya nanti.. Ada kalanya aku jatuh, jatuh tersungkur, ku paksakan diri untuk bangun kerna aku ingin kuat untuk bersamanya.. 


Seorang hamalatul-Quran, 30juzuk, bukanlah sesuatu perkara yang mudah, pelbagai liku dan arus yang bakal ku susuri nanti.. Mudah-mudahan berkat mukjizat suci ini, aku dapat kembali bersamanya meneruskan perjuanganku sebagai hamba Allah.. Amiin! Nantikan aku di sana, ya..


Cinta? Ya, aku cinta padanya.. Tika pertama kali aku menjejakkan kaki ke bumi kinanah itu, hatiku terusik, ianya bumi anbiya' bumi yang penuh dengan sejarah para rasul, semenjak itu, aku bertekad untuk kembali ke sana.. Akan ku kembali ke sana bersama pemilik rusukku.....Aamiiin :)


"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.." al-isra :1


Madinah al-Munawarrah




Makkah al-Muakarramah

Cairo, Egypt




Dead Sea, Jordan

Damascus, Syria

Sunday, September 19, 2010

Dia pergi, meninggalkan aku...hatiku sayu.....

Inilah dia sahabat baikku, dari tadika sampailah sekarang..NUR AJMAL SYAKIRIN BT ABDUL HALIM

kami kenal since tadika, then sama sekolah rendah, sama sekolah menengah, and sekarang kena pisah...dia menuntut nun jauh di benua sana, Kaherah, Mesir...sementara aku meneruskan perjuangan di tanah air...buat dia, tunggu kehadiranku di sana ya? Kita dah janji nak pegi samasama kan, tapi awak dah pergi dulu...takpelah,bukan rezeki kite nak pergi awalawal ni, mugkin belum cukup persediaan, kite tak setabah awak mal...cume kite sedih sangat bile awak cakap, "Tak bestla kite pergi sana sorangsorang, selalunye awak ade dengan kite..manemane pergi pun selalu berdue..and memang dulu janji nak pergi sekali kan..,". Dulu kite cakap taknak duduk hostel, end up kite duduk jugak...tapi kite tak setabah awak pergi jauhjauh...manisnye bile ingat zaman sekolah dulu kan?pergi and balik samasama, cerita kite and awak, jangan bitau sesape pun taw, shhhhh!hehe...ajmal,kite taktau kenape,sayu sangat tadi...i missed you already..doakan kite kat sini yea...jangan lupe kite kat sini....

Mal, kite dah rindu awak...semoga awak selamat sampai ea, kite tak pernah rasa macamni, baru kite tau yang persahabatan itu manis...take care, belajar elokelok ea?

 Bestfriend forever, sorry for everything and thanks for the friendship, may it last forever, InshaAllah :)

Friday, August 13, 2010

Winky winky :))

salam mahabbah, salam ukhwah, salam mujahadah buat semua....
habuk dan bersawang sudah blog nie..lame sangat tersimpan rapi di alam maya ni..baru berkesempatan untuk melakarkan ape yang dah lama terbuku di hati...sepanjang bergelar siswi, harihari yang di lalui memang indah..lain rupenye dengan zaman persekolahan... [ rindu pulak zaman sekolah, rindu sangat3, sob3 ] tetapi hakikatnye, kini diri ini bergelar siswi..sekalipun subjek tak banyak, tetapi suasana pembelajaran kat sini lain dari sekolah..

"When we ask Allah for strength. He gives us difficulties to make us strong...When we ask Allah for wisdom, He gives us problems to solve..When we ask Allah for prosperity, He actually gives us a brain to work it out.. When we ask Allah for courage, He gives us trouble people to help.. When we ask Allah for favors, He gives us opportunities.. In truth, we recieved nothing that we want, instead we have everything that we need.."

Sungguhpun padat dengan program, aku banyak belajar di sini..belajar sabar, belajar berdikari, dan mengenal erti kepayahan..di sini, aku bergaul dengan pelbagai ragam manusia yang datang dari satu malaysia..apeape pun, aku masih rindukan mereka...teman seperjuanganku masa sekolah menengah dulu,  rindu!! Sungguhpun aku sendiri pernah cakap, "taknak balik sekolah dah" (ramai yg tau hal ni,heheh) hakikatnya, hatiku rindu dengan suasana sekolah...bila tengok gambar2 lama dengan kengkawan, ya Allah..sayu, tak tergambar betapa rindunya aku dengan zaman sekolah, (entah berapa kali ulang, tapi nak ulang jugak!) mengenangkan mereka, teman2 ku yg akan fly tak lama lagi...memang ramai plak tu, semoga kejayaan dan keredhaan Allah sentiasa mengiringi kalian...





InshaaAllah, ade rezki aku, akan samapai juga di sana bertemu mereka lagi 3tahun, sememangnya cita2ku utk menjejakkan kaki sekali lg di bumi barakah tu...tunggu aku tau! Panjang umur n murah rezki, Allah pasti akan temukan kita...inshaaAllah!


Utk kengkawan baru di DQ, salam perkenalan...bukan niat aku nak lebihkan mereka, tetapi aku dah kenal mereka lama...namun, ukhuwah antara kita takkan pernah putus, inshaaAllah...moga kita kekal hingga ke syurga, amiin...buat mereka, doakan aku juga kejayaan di bumi berkah ini....demi mencapai cita2ku..... :) RINDUUU>>>

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that You’ve give me
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong

by lending Your Love through them.......
*copied n editted from Maher Zain - Thank You Allah


mereka sangat istimewa, kenangan terindah antara kita, sedikit pun tak pernah luput dari ingatanku, malah masih segar dan utuh dalam diri meskipun sekarang semua dah ada haluan masingmasing...satu pintaku, kenang daku dalam setiap DOA kalian dan, jangan pernah lupakan diriku....Ya Allah, jagalah mereka untukku, kerna Engkau adalah sebaik-baik pemelihara...






Saturday, May 29, 2010

Perkongsian: Bersedia menjadi suami.

Sudahkah kamu berusaha untuk bersedia? ~ Picture by agmnhob of 
Deviant Art
Sudahkah kamu berusaha untuk bersedia? ~ Picture by agmnhob of Deviant Art

Dua hari lepas, semasa makan-makan dengan ahli rumah, timbul perbincangan berkenaan bila dah jadi suami nanti. Biasanya, apabila disebut fasal perkahwinan, orang sibuk membicarakan perihal pasangan yang hendak dikahwininya. Tetapi yang terharunya saya dalam perbincangan tengah makan itu, kami membicarakan bagaimana keadaan diri kami untuk menjadi suami.
“Al-Quran pun tak banyak baca.”
“Masjid pun tak istiqomah pergi”
“Subuh pun liat nak bangun”
“Kekemasan rumah pun susah nak jaga”
Ya. Bagaimana agaknya bila sudah berkahwin? Mungkin orang sibuk berfikir bagaimana mendalamnya cinta mereka kepada pasangan mereka boleh pergi selepas kahwin nanti. Tetapi entah kenapa, saya berfikir apakah aku ini mampu nak didik isteri dan anak? Mampu nak pimpin mereka untuk dapat redha Allah? Mampu nak didik mereka untuk menghala ke syurga?
Kalau kita berhenti pada persoalan mampu atau tidak, sudah bersedia atau tidak, mungkin hingga mati kita tidak akan dapat jawapannya kalau sekadar berfikir-fikir demikian. Maka saya mewujudkan satu persoalan lain yang lebih ‘bumi’ untuk difikirkan.
“Sudahkah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi suami yang baik?”

Realiti sebuah pekahwinan
Seronok bila kahwin. Saya tak pernah nampak lagi orang yang berduka bila hendak berkahwin. Tetapi saya suka, dalam keseronokan perkahwinan, seseorang itu perlu memandang bahawa perkahwinan adalah gerbang kepada dunia yang lebih besar dan panjang. Jangan dilihat bahawa perkahwinan itu adalah Majlis Perkahwinan yang dihadiri ramai orang, tempohnya hanya sehari, disertai pelbagai program dan majlis makan sahaja. Tetapi selepas Majlis Perkahwinan itu wujud satu perjalanan panjang. Dan bukan keseronokan sahaja yang wujud di dalamnya.
Kita akan tinggal dengan pasangan kita dalam kebanyakan masa 24 jam sehari. Tidur dengannya, bangun dengannya, makan dengannya, tinggal bersamanya, dan bila ada masalah serta cabaran kita bersamanya. Dan tiada orang pada saya, bercita-cita berkahwin hanya sehari dua.
Kemudian bila Allah izin dapat anak, dengan anak pun sedemikian. Kita bersamanya dalam kebanyakan masa 24 jam sehari. Dan saya tak rasa ada orang yang nak anak dia mati selepas 2-3 hari.
Bersama mereka. 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan entah berapa tahun dalam kehidupan kita. Majoritinya mencecah puluhan.
Kalau tak berusaha untuk bersedia, apakah akan terjadi sepanjang pengharungan alam yang panjang itu?

Suami adalah contoh
Bayangkan ya, dalam sepanjang kehidupan kita berumah tangga nanti, kita adalah seorang yang selalu bangun lewat subuh, jarang sungguh membaca Al-Quran, tidak pula menjaga kebersihan, apatah lagi masih suka melakukan dosa, bagaimana agaknya pasangan kita?
Ini adalah tanggungjawab besar selain memberikan nafkah. Menjadi contoh yang baik kepada isteri dan anak-anak.
Saya tidak dapat membayangkan kita bangun lewat Subuh dan isteri ikut bangun lewat sama kerana kita tak bangun awal Subuh. Anak juga kemudiannya terbiasa bangun lewat Subuh sebab kita tak kejutkannya Solat Subuh.
Saya tidak dapat membayangkan kita jarang sungguh membaca Al-Quran sehingga isteri pun rasa tidak mengapa tidak membaca Al-Quran. Anak juga kemudiannya rasa susah hendak suka dengan Al-Quran sebab kita pun jarang membaca Al-Quran.
Saya tidak dapat membayangkan kita masih suka buat dosa, jauh daripada Allah, sehingga isteri pun nanti rasa tidak kisah atas hal yang sama kerana merasakan itu perkara biasa. Anak juga kemudiannya rasa yang dosa itu bukan dosa sebab dia melihat kita melakukannya seakna itu perkara halal dan mendapat pahala sahaja.
Bagaimana? Tidakkah terasa bahawa berusaha ke arah persediaan adalah sesuatu yang urgen?

Yang akan dipersoal di akhirat
Suami, bapa, ketua keluarga, itulah yang paling berat persoalannya di hadapan Allah kelak. Satu perkara yang kita perlu ingat adalah kita akan dibangkitkan di hadapan Allah dan akan dipersoalkan. Maka bagaimana agaknya persediaan kita untuk menjawab persoalan Allah akan hal keluarga kita?
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” Surah At-Tahrim ayat 6.
Bagaimana pula kalau kita yang menjadi penyebab mereka ke neraka? Bukankah itu menyedihkan?
“Katakanlah lagi: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan keluarga mereka pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.” Surah Az-Zumar ayat 15.
Adakah kita hendak menjadi orang yang merugikan diri dan keluarganya sekali?
Ketahuilah. Kahwin itu bukan sekadar majlis perkahwinan, dan tanggungjawabnya bukan sekadar nafkah.
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132.
Dan yang hendak memerintah, pastinya perlu melakukannya bukan?
Memang kalau nak tunggu sempurna tak akan sempurna
Memang kalau sekarang kita tanya diri kita, apakah aku telah sempurna untuk berkahwin, nak jadi contoh, memang tak akan kita mampu jawab sempurna. Jadi, apakah kita tidak boleh berkahwin sebelum sempurna?
Tidak. Saya tidak kata demikian. Memang tidak akan ada manusia yang sempurna.
Tetapi setahu saya, ada manusia yang berusaha ke arah kesempurnaan itu.
Sebab itu, persoalan yang saya timbulkan adalah, apakah kita telah berusaha untuk bersedia?
Semasa bujang kita mula jaga kekemasan, semasa bujang kita sudah usaha menyelesaikan hal Bangun Subuh, semasa bujang kita usaha memperkuatkan hubungan dengan Allah, semasa bujang kita usaha biar diri cinta dengan Al-Quran dan kebaikan, semasa bujang kita sudah usaha meninggalkan dosa-dosa dan memperkemaskan banyak amalan.
Apakah kita telah berusaha membiasakan diri kita untuk menjadi contoh?

Penutup: Saya percaya bahawa rumah tangga yang terbaik, adalah yang Allah redha
Saya percaya bahawa, rumah tangga yang terbaik adalah yang mendapat keredhaan Allah SWT. Dan saya pula percaya bahawa manusia tak akan mampu menjadi baik tanpa usaha. Sebab itu saya kira, hendak membina rumah tangga yang baik, maka manusia perlu berusaha untuk bersedia.
“Ala bro, lepas kahwin nanti baru fikir lah”
Ya. Mungkin boleh. Tetapi bagaimana agaknya kalau terlewat? Baru hendak berubah, anak dan isteri pula telah pekat dengan amal kita sebelum berubah. Bagaimana?
Mengapa bila dikurniakan masa ketika bujang, tidak kita gunakan?
“ala, benda ni benda dah kahwin la bro. Pelajar-pelajar kena fikir belajar aja”
Oho. Maaf. Guru saya kata, hal perkahwinan kena fikir semasa dari tingkatan satu lagi. Ia menjana kematangan. Bukan fikir nak kahwin dengan siapa. Tetapi fikir nak hidup macam mana lepas kahwin nanti.
Maka, apa kata kita jangan lewat-lewatkan usaha kita? Mengapa tidak dari sekarang?
Saya teringat kata-kata seorang ulama’:
“Ada beza orang yang beriman di awal Islam, dengan orang yang beriman selepas Fathu Makkah.”
Fikir-fikirkan.
“Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132.

dipetik dari : http://ms.langitilahi.com/

Sunday, April 18, 2010

practice makes perfect

Assalamualaikum...weehhhoo~ apa khabar kalian? Sehatkah? Erm, nak cerita apa ye? Oh tajuk kat atas tu...aku tak tahu la ade kene mengene ke tak dengan apa yang aku nak cerita nih...saja sukasuki nak cerita pengalaman aku ber 'baking' dengan adik aku...wahwahwah..macam gempak jer...hahah.. :) ceritenye bermula cam gini...

****************************************

pagi tadi, terbangun lambat sebab lambat tido...heheh...ade orang tu tawu la kenapa...hikhik...bangunbangun ni tak breakfast apa pun...macam biase, laptop aku sudah di on kan oleh adikku yang tersayang, naim...[ kalau balek cuti dia memang akan rembat laptop aku...huhu :( takyah kesian, dah biasa..heheh ]semestinya aku pun singgah sebentar di laptopku itu...hahaha :D

tetibe dia cakap,

" Along, jom buat waffle...dah lama mintak, along tak buat pun..." [ ceh, baru je mintak, cakap dah lama plak budak nih.. ]

" Oh hmmm, okay...bilenye awak mintak..?" [ macam biasa akan bertekak sekejap..hahah ]



then kitorang pun tanya mama cakap nak buat waffle....mama kate cuba cari recipe book, dalam tu ada...so kitorang pun cari punya cari...then jumpa, and terus check bahanbahan kot ada yang tak ada...yeah tekaan aku tepat...telur takde... [ masa ni, mama and ayah sibuk, so kitorang pegi beli barang sendiri, drive ye..haha, bangge pulak. Kebetulan nak hantar barang recycle, so mama suruh angkut sekali... ]

recipe waffle? Nanti aku bagi eh....hehehe...lepas beli telur yang takde tu...kami pun memulakan kerja mem 'baking'...bahanbahannye semua dah ada, tinggal campurkan je semua...naim tolong aku tapis tepung, pukul telur and and and tolong kacau aku...sememangnye die suke menyakat kakak dia ni..well, itulah dinamakan lumrah adikberadik...ehehe :) lepas semua dah sebati, ni le rupenye...



haha, gebu kan tengok...ni namanya dia dah kembang, ala, macam orang kembang kena puji tu...hahah, tapi ni lain la, kembang sebab kena pukul...fuh, sedap tawu kitorang buat...[ tak sesedap mama buat la, huhhu... : ( ] ok, lepas ni ye tuantuan puanpuan...ehehehe...kite kene toast kan dia...macamni...

tapi yang aku dengan naim buat mungkin tak sesedap yang kat dalam gambar ni...[ nak tunggu dia masak punye le lambat..dahla kitorang tak makan apa dari pagi...lunch pun tak, huhu....semuanye sebab bangun lambat and malas...hahaha.. ishishish ] lepas dah masak, naim tolong aku sapu nutella kat atas waffle ni..oh sedaapnya...rangup! rase butter dia...wahwah...[ tolong jangan terliur kat sini...basah laptop tu kang, hikhik.. ]
terpulang pada orang yang nak makan waffle tu dengan apa...antaranya...

















apeape pun kitorang dah mencuba....hehehe..sedap jugak bila makan tu, almaklumla lapar...ehehehe... [ kalaw dah lapar, apa pun sedap kan...butbutbut, kitorang punya waffle sedap actually..mama pun cakap :) ]

lepas siap buat waffle, mama and ayah datang kat dapur...[ berselerak jugakla dapur tu kan...nila keje anak dara dan anak teruna, hahaha :D ]

" Hmm, lepas ni jangan lupe kemas balik dapur tu ye...." mama dah pesan awalawal...hehehe.. [ tapi nak twau, ade ke patut aku je yang kemas, si naim tu cabut lari..kureng!! biasela kan, nama pun lelaki, jatuh la standard kalaw mengemas nih...jangan nanti cik abang kite buat macamtu sudah, nak kene tu! Harhar :D ]

" Sedap ke waffle tu...meh ayah rase sikit...ish, masin! " haha,ayah selalu cam ni taw...tapi lepas tu makan jugak..hehehe... :)

>>>>>> waaaa, nanti if dah masuk DQ, bile lagi nak have fun macam gini...huhu..Ya Allah, tabahkan hati aku...ni sememangnya harapan mama ayah dan diriku sendiri...kuatkan semangat aku ya Allah....amiinamiin...selamat mencuba by the way...!!<<<<<<<<<<<

Friday, April 9, 2010

Lower Your Gaze

There was a companion of ours in Glasgow who became ill and was hospitalized. He was admitted for three days and on the fourth day the attendant nurse said, "Marry me".

He [the brother in Glasgow] asked, "Why? I am a Muslim, you and I cannot become companions."

She said, "I will become Muslim".

"What's the reason?" it was asked.

She said, "In all my time that I have served in hospitals, except you, I have never seen a man lower his gaze in front of a woman. In my life you are the first person who lowers his gaze when seeing a woman. I come, and you close your eyes. Such great modesty can be taught by none other than a true religion."

The protection of one's gaze entered Islam in her. She testified to the Oneness of Allah and became a Muslim. They both got married. By now, the same woman was and is the means of bringing so many other girls and women into Islam.





In a Hadith, the Prophet Muhammad (saw) is reported as having said: "And the eyes commit zina (adultery). Their zina is gazing."The Prophet Muhammad (saw) commanded Imam Ali (as) said: "Ali! Do not look once after another, for the first look is for you (since it happens accidentally) while the second is against you."

"Jika inginkan yang soleh dan solehah, jangan hanya MENCARI...tetapi berusahalah MENJADI soleh dan solehah...."

Tuesday, April 6, 2010

Perginya seorang kekasih Allah

Habib Abdul Qadir al-Saqqaf
 
Semoga Allah terus menggolongkan kita, di dalam orang yang soleh dan solehah dan selamat di dalam perjalanan ke akhirat.

 Beliau adalah seorang alim besar dan pendakwah hebat di peringkat antarabangsa dan disebut oleh alim ulama di Hadramaut beliau sebagai seorang Wali Allah. Allahyarham Habib Abdul Qadir al-Saqqaf telah selesai urusannya di dalam umur 101 tahun.

Kita bagaimana? Adakah umur yang semakin bertambah, amalan kita juga bertambah, hubungan kita dengan Allah bertambah,atau semakin kita jauh dari cahaya ilahi.
Marilah sama-sama kita renungkan.
 
Samasama lah kita menghadiahkan pahala bacaan al-fatihah buat Allahyarham Habib Abdul Qadir al-Saqqaf. Al-Fatihah...
 
[ ada banyak lagi cerita yang sangat menarik hati aku setiap kali aku baca blog Ust Amin. Seronok bila baca kisah Ust dengan anakanak yatim Al-Ijabah di Mekah al-Mukarramah. "berbahagialah orang yang menggembirakan anak yatim.." Dipetik dari ; blog Ustaz Amin [ Muhammad bin Abdullah ]
>>tadi aku pergi kuliah maghrib di Masjid Al-Falah..penceramah tu cakap utagha, mintak maaflah, tak tawu nama ust..tapi ust tu ada berpesan 
"Jika kita terdengar berita ada kematian, hadiahkan al-fatihah sekali dan surah al-ikhlas 11 kali..."
Ust tu sambung lagi..
"Bacaan yang paling elok tajwidnya (shadid), akan sampai dahulu pahalanya kepada orang yang mahu dihadiahkan pahala bacaan itu berbanding orang yang sekadar membaca tanpa tajwid yang betul.."
sekadar berkongsi serba sedikit ilmu yang ada..moga kita dirahmati Allah..<<

Photos & Tagging yang Mengundang Dosa


Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

[ dipetik dari blog : Ustaz Abu Umair  ]

Monday, April 5, 2010

Kelebihan Menghafal Al-Quran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

..Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni aku terasa nak share dengan pembacapembaca blog tentang Kelebihan Orang yang Menghafal Al-Quran. Sedikit sebanyak aku ambil dari blogblog yang pernah aku baca mase ber blogwalking hari ni...Membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat pahala dan menjadi syafaat di dalam kubur dan juga di hari Akhirat, tetapi ia juga merupakan ubat dan penawar serta rahmat bagi seluruh umat islam.....inshaaAllah, samasama lah kita renungkan....




1) Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.


 Hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
    "Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidak
    menyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran).  Dan
    sesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yang
    masuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang
    kasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita
    baik daripada Allah Ta'ala".

 2) Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70x340 740= 23 851 800) berbanding yang baca secara
biasa. Pembaca yang ikut hukum tajwid juga mendapat pahala syahid.

 Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) bersabda bemaksud:
    "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Ta'ala, maka
    baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan
    sepuluh kali ganda.Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi, Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf". (Riwayat Ibnu
    Mas'ud.)

 3) Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah. 

"Sesiapa yang mendengar (bacaan) satu ayat dari kitab Allah
    (Al-Quran), maka ayat itu menjadi nur (cahaya) baginya". Riwayat
    Ibnu Abbas r.a.
  
4) Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong) serta dapat memberi syafaat untuk masuk syurga kepada 10 orang ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
 5)Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

6) Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
"Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini." (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

7) Barangsiapa yang beramal dengan Al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.Dan rugilah kata Rasulullah orang yang tidak ada Al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat.

"Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran
    di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir
    runtuh"  Hadis riwayat Tarmizi.


8)Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

9) Allah berbual dengan pembaca Al-Quran. Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami kandungannya. 

"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy) 

10) Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemulian dan akan mendapat keredoan dari Allah Ta’ala.

 11) Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.

12) Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai. 

13) Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.

14) Pendamping Al-Quran akan menjadi orang yang cerdik lagi pintar. 



15) Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerena tiada amalan yang lebih mulia dari membaca Al-Quran. Dan orang yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para-para nabi ‘alaihimussalaam.




 Jika inilah kelebihan mereka yang belajar al-Quran, maka Kenapa harus kita menyisihkan pelajar-pelajar tahfidz dengan mengatakan tidak ada masa depan untuk mereka dan seumpamanya? Tidakkah mereka ini dalam jaminan Allah s.w.t?? Renungkanlah....


Sunday, April 4, 2010

DIAM boleh tak? [ www.iluvislam.com ]

DIAM boleh tak?
editor : everjihad



Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,

Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,

Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"
"Diam-diam tong kosong"
Atau "diam-diam tong penuh berisi kekotoran" .

Abou Hurayrah relates that Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Whoever believes in Allah and the Last Day should speak a good word or remain silent. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his neighbor. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his guest."� [Sahih Al-Bukhari and Sahih Al Muslim]
The Prophet (peace be upon him) said: "Indeed a servant will speak a word pleasing to Allah that he thinks to be insignificant, but because of it Allah raises him by many degrees. And indeed a servant will speak a word displeasing to Allah that he thinks to be insignificant, but because of it, He will consign him to the Hellfire."� [Sahih al-Bukhari] 
 

Tuesday, March 30, 2010

Out with the toddlers (;

Assalamualaikum warahmatullah...

Wah hari ini aku sangat gembira..hah..nak tau ape cerita nye? hehe...tajuk kat atas tu tak cukup ke?mestilah tak kan...hehehehe...aku ni asyek gelak je kan...haih ape lah..


cerita dia cenggini...tadi pagi ayah aku cakap...yang dia ade kerja dekat The Curve...bukanlah dalam The Curve tu, berdekatan situlah...so aku pun cakaplah,

"Ayah, nak ikut..."

"Nak pi mana? I got works to do.."

"Ayah tinggal kitorang dekat The Curve...hehehe.."

"Okay, siap before three...or else, tinggal..."


Dengan gumbira nya ayah cakap kitorang buleh pegi...berbungabunga hati nih dapat keluar...weeeee~ Nak tau aku keluar dengan sape?haih, dengan toddlers yang kat rumah ni la....siape lagi kalaw bukan adikadikku yang chumeyl belaka tu....[ ehemehem, chumeyl macam kakak dia lah..wakaka ]

Yeay! On our way to The Curve, the toddlers ni tido...[ kakak dia pun mengantok sebenanye ] haih sedap betul diorang ni tido..dah la nak kejut susah... 

Finally, we reach there..yeay, out with the toddlers...aku pun taktau nak bawak diorang pegi mana..hmmph, so we all just walk around The Curve...bila masuk tu, i saw satu perkataan...SALE!! 

Hoh, seronok weh...apa lagi..aku pun mencari la items yang dijual...mata ku tertumpu pada satu tempat yang tertera "girls and babies".. 




untuk pengetahuan korang, aku ni memang suke shopping...[ habeslah my hubby nanti..asyek kene tinggal aje...hahah, tolong la aku nih!! ] walaupun macam tu, aku hanya akan beli barang yang patut jer...takdela semua aku taram, [ korang ni jahat eh, tak baek su' uzzon tau.. ] terutama untuk adikadikku in meaning the toddlers nih... [ awhh, kakak yang baek bukan?ngehngehngeh..XD ] 








cantik kan duedue ni?heheh XD



yeah, ayah bagi masa satu jam je..sebab lepas tu nak balik cepat..takut jalan jem..tapi aku rasa macam lama betul duduk dalam The Curve tu...lastly, iman bertanya..


"Along, iman lapar sangat ni.."


"Oh, kesiannya..nak makan apa?"


"Iman nak McDonalds.. Lapar sangat ni..." [ padahal sebab nampak McD mase mulemule masuk tu..hahah ]
 



Oh kesiannya..takkan nak biar adikadikku lapar..so, i take them to the McDonalds...[ akak dia pun lapar jugak, so tumpang sekaki lah..hukhuk ] yeah, because haritu aku keluar dengan Kiddies, so kenelah beli kiddies punya meal...hehehe, aku pun kiddies lagi apa..




so, kitorang pegi cari the nearest bench nak duduk makan kat situ..aku pun makan sekali, aiman tido time nih..so we got a lots of time to eat..[ if he is awake, macammacam pee'l dia..ngehehehe ;) ] then, ade one lady ni, from indonesia i think...die duduk on the same bench dengan kitorang...iman pass me her nugget...aku pun selak sikit my niqab, nak makan the nugget..the lady smiles and just left...aku terfikir dalam hati 'mungkin dia nak tengok cara niqabi makan kot...huhu :)' 

*******************************

yea, sementara tunggu daddy we all just have a walk sana sini...finally, iman jumpe toys dia..oh she enjoys this very much..[ sampai habis coins kakak dia..huhuhu ] taktau nak cakap apa, so i just put some of the pictures je ya...then lepas mainmain kat situ, daddy call..

"Iman, jom balik..nanti ayah nak mai dah.."

"Ala along..nanti kite datang lagi sini ye.."




















sory kalau entry ni macam tak best je...dah lama nak publish post ni, tapi asyik bertangguh je..aku keluar dengan kiddies ni beberapa hari yang lalu..hehe..although it's a short walk, tapi i really have FUN with my adikadik..taktau bila lagi nak hangout macam gini...especially bile ade naim, lagi best..ohoho..[ mase pegi The Curve ni, naim kat asrama, so dia tak ikut ] harap dapat hangout lagi dengan kiddies ni before kakak dia pegi masuk manamana..hukhuk..i love u my adikadiks... Naim, Iman and Aiman!!