Monday, January 24, 2011

Renungan Bersama :)

Dan tinggalkanlah dosa yang terlihat ataupun yang tersembunyi, Sungguh orang yang mengejarkan perbuatan dosa kelak akan diberi balasan yang sesuai dengan apa yang mereka kerjakan..
Al An'am :120



Ya Allah.. Aku takut jika..
Esok hari pabila ku terjaga dari tidur..
Hidupku bukan lagi untuk dakwah..
Tetapi untuk dunia yang hanya tipuan..



Ya Allah.. Aku takut jika..
Esok hari ku terjaga dari tidur..
Amalku berkurangan berbanding hari ini..
Lagaknya seperti mereka yang tidak dikurnia iman..



Ya Allah.. Aku takut jika..
Esok hari ku terjaga dari tidur..
Renungan mata hatiku..
Bukan lagi untuk saudara seislamku yang dizalimi..
Tetapi untuk sang penzalim yang berlegar..



Ya Allah.. Aku takut jika..
Esok hari ku terjaga dari tidur..
Penyakit ‘Wahan’ telah bermaharajalela..
Dalam hati..
Menggelapkan mata hatiku..



Ya Allah.. Aku takut jika..
Esok hari ku terjaga dari tidur..
Setiap langkahan kakiku..
Bukan lagi ke tempat amal
Tetapi bersama mereka yang tidak bersyukur..



Ya Allah.. Aku takut jika..
Esok hari aku terjaga dari tidur..
Doaku bukan lagi untuk..
Kesejahteraan hidup di dunia akhirat..
 Tapi untuk tujuan dunia yang takkkan pernah habis..

Perhiasan Dunia?

WANITA SOLEHAH..
MENGAPA MAHU JADI WANITA SOLEHAH?



Sabda Rasulullah

Sebaik-baik perhiasan didunia ialah wanita solehah



Seiring dengan membangunnya islam dari zaman ke zaman,dekat ke dekat dan hari ke satu hari yang lain ,Telah banyak kita dengar slogan-slogan wanita solehah dilaungkan.Begitu juga dialam maya tidak kurang hebatnya memperkatakan ciri-ciri wanita solehah yang seharusnya kita ikuti beserta langkah-langkahnya.Kadang-kala apa yang dilaungan tidak seiring dengan amalan seharian.Bermula dengan yang tampil bertudung litup hinggalah yang berkepala togel masih melaungkannya. Semuanya mahu menjadi wanita solehah…apa tu solehah?Bukanlah saya berniat untuk menghuraikan satu persatu mengenai perkataan solehah itu.Persoalannya disini,mengapa kita selaku wanita berkeinginan menjadi wanita solehah?

Kenapa solehah?

Kadang-kala niat untuk menjadi solehah itu telah terpesong sejak awal lagi.Sememangnya syaitan itu licik didalam tipu dayanya.Jika sebentar tadi kita merasakan bahawa iman kita ada sedikit peningkatan,maka dengan izin Allah dan dengan mudah laknatullah itu boleh mengubahnya.Seorang sahabat alam maya saya pernah mengingatkan saya..’ Makam(tempat) syaitan itu ada didalam diri kita.Jadi,untuk melemahkannya kita perlulah sentiasa berzikir untuk mengingati Allah agar syaitan itu tak menjadi lebih kuat dari diri kita.’ ,saya percaya mungkin masih ramai lagi dikalangan kita yang masih belum benar-benar faham konsep sebenar solehah itu.Sebahagiannya nak jadi solehah kerana nak menarik perhatian ikhwan.Supaya dirinya menjadi rebutan.Sebahagian yang lain pula masih tercari-cari identiti diri yang dirasakan belum mampu memikul gelaran wanita solehah.




‘Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah nasib diri mereka sendiri






Sahabat…Ya,kita perlu dan dituntut menjadi wanita solehah.Mengapa?Ini adalah kerana matlamat kita semoga dengan usaha kita mahu menjadi wanita solehah itu akan diterima sebagai ahli syurga satu hari nanti bahkan jauh dari azab neraka Allah.Tapi kadang-kadang kita lupa ,didalam usaha mendapatkan sesuatu,hanya ada dua jalan dan itulah yang sering kita abaikan.Iaitu usaha + doa.Mahu menjadi wanita solehah tapi pakaian dari dulu sampai sekarang tak ubah-ubah.Begitu juga akhlak.Dulu suka berhasad dengki dan sekarang masih wujud lagi perasaan itu.


Solehahkah kita?


Solehahkah kita dengan hanya menjadi seorang yang lembut tutur bicaranya tetapi dihati penuh dengan hasad.Sudah cukupkah kesolehan kita dengan kesana kemari bertemankan kekasih yang masih belum tentu menjadi suami yang sah?solehahkah andai kita lebih prefer memilih seluar-seluar yang ketat apabila menjejakkan kaki keluar dari rumah.Aurat entah kemana dan ilmu agama yang pernah tersemat didada habis hilang.Itukah kita wahai wanita solehah?

Kadang-KALA isu remeh ini kurang diberikan perhatian walhal memainkan peranan penting didalam pembentukan sahsiah individu muslimah.Kenapa nak menjadi wanita solehah?Seharusnya kita sedar keadaan sekeliling kita yang semakin haru-biru dan sewajibnya kita menjadi salah satu permata yang bersinar disebalik kaca yang berderai ketanah itu.Indahnya andai wanita solehah itu tidak dicemari dengan lumpur-lumpur kotor yang bakal menjatuhkan maruahnya.Dan Insyaallah sama-sama kita akan menjadi penghuni AL-JANNAH satu masa nanti…


BAGAIMANA MAHU MENJADI SOLEHAH?


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat dihadapan manusia menghilangkan maruah diri.






2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaf inilah tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.






3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.






4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.






5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.






6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.






7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.






8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.






9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.






10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

 
Salam Mujahadah Buat Semua Srikandi Solehah!!!

Wednesday, January 19, 2011

SALAMM

Assalamualaikum wbt..

Lama rasanye tak meng-update blog ni.. Bak kate orang blog ni medan dakwah, tapi yg menulis ni bukanlah seorang ustazah yg bertauliah and even belum serta tidak layak pun bergelar ustazah. Sekadar mahu berkongsi pengalaman hidup and beberapa yg dapat dikongsi di kesempatan ini sebagai soerang hamba Allah. Nak kate sibuk taklah, tapi suke menyibuk aje. Tapi satu je yg menjadi prinsip diri ni, mudah-mudahan terus istiqamah iaitu "Berehat hanya di syurga.." Di bawah ni sekadar satu perkongsian dariku, Al-Faqiir ila Allah.. Renungkanlah, moga sama-sama mendapat rahmatNya selain dapat tambah Thaqofah :)

KEJAYAAN YANG HAKIKI

Kadang-kadang, dalam perjalanan hidup yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki.

Bagaimana nak mengatasi masalah ni...?

1) Menjaga hubungan dengan Allah (melazimi solat berjama’ah).
·         Sabda Rasulullah S.A.W (mafhumnya) yang bermaksud: ”Bersegeralah kalian mengerjakan amal soleh. Kerana akan terjadi bencana yang menyerupai malam yang gelap, iaitu seseorang yang pada waktu pagi beriman tetapi pada waktu petang dia kafir atau sebaliknya pada waktu petang dia beriman dan pada pagi harinya dia kafir. Dia menukar agamanya dengan sedikit keuntungan
dunia.” (Hadis riwayat Muslim)
                        
2) Menjaga hubungan sesama saudara.
·         Sabda Rasulullah S.A.W (mafhumnya) yang bermaksud : “ Tidak
sempurna iman seseorang dari kalangan kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri”.

3)Istiqamah dalam melakukan amalan - amalan sunat
·         Sesungguhnya Allah S.W.T menyukai amalan yang sedikit akan tetapi berterusan
·         Melatih diri berpuasa setiap Isnin dan Khamis

4)Melazimi Qiyamullail pada setiap malam.
·         Sabda Nabi saw sesiapa yang mampu mengingati Allah pada waktu itu maka lakukanlah! Sesungguhnya qiamullail itu sentiasa diamalkan oleh Nabi dan para pembawa risalah yang ternyata mereka dalam membawa agama Allah kepada manusia dan menyedarkan manusia.

5) Mengamalkan perkara yang dapat menarik hidayah Allah serta menjauhi perkara yang mengundang kemurkaan Allah.
·   Tingkatkan amalan kebajikan dan Hindari ikhtilat tidak syarie’

6) Niatkan untuk menuntut ilmu dan mencapai keredhaan Allah, bukan kerana imtihan dunia semata –mata.

7) Berusaha bersungguh - sungguh, berdoa dan bertawakkal pada Allah S.W.T
·         Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan dan keredhaan dari Allah, Insya-Allah.

                     SELAMAT BERAMAL!