Saturday, November 26, 2011

Ayuh buka Lembaran Baru :)

Assalamualaikum semua :) alhamdulillah, terima kasih Allah atas nafas yang masih dikurniakan. Terima kasih ya Allah atas kekuatan yang masih diberikan untuk memotivasikan diri dan mereka yang membaca ini. Terima kasih ya Allah atas nikmatMU yang tak terhingga. Yuk, kita buka lemabaran baru, awal muharram menanti :)


Kehidupan dan dugaan itu hakikatnya adalah kembar. Dilahirkan bersama dan takkan terpisah melainkan dengan kematian semata-mata.
Kita sememangnya perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai manusia khalifah di muka Bumi ini. Namun, sejauh mana amanah yang kita pikul ini terlaksana? Ada segelintir kita yang sering mengeluh dibebani ujian hidup dan sering menyalahkan takdir.
Adakah kita mampu meneruskan kehidupan dengan redha dan sabar apabila segala nikmat, rezeki dan ahli keluarga ditarik? Adakah kita bersabar mengharungi halangan dan cabaran yang Allah berikan kepada kita? Apakah kita kekal percaya kepadaNya?
Memang  sukar tetapi itulah ujian dari-Nya. Ujian inilah yang menguji keimanan setiap hamba-Nya. Apabila kita ditimpa ujian, ingatlah ia adalah tarbiyyah dari Allah. Takkan sesekali diuji hamba-Nya dengan bebanan yang tidak mampu dipikul hamba-Nya.
Orang mudah mengeluh bila ditimpakan ujian dan cabaran ke atas dirinya. Orang senang merungut bila ditimpakan halangan di atas perjalanannya, ditaburkan duri di atas perjuangannya. Payah. Susah. Itu semua melemahkan dirinya
Hidup ini tidak selalunya dihujani ujian. Tanpa kita sedari, nikmat-Nya datang menghapuskan epilog sedih. Ya Allah, sesungguhnya banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Kita yang tidak mensyukurinya. Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu.
Teringat ada pepatah mengatakan "Melihat kehidupan insan lain boleh menjadi iktibar pada diri kita. Untuk belajar bersyukur, kita kena lihat kehidupan orang yang lebih susah daripada kita supaya ia mengingatkan kita bahawa ada lagi insan yang lebih malang dan memerlukan pertolongan..."
Ramai orang takut untuk silap. Silap dan salah kadangkala dipandang sebagai sesuatu yang amat negatif dalam kehidupan insan. Ya, kalau kita lihat secara sekali lalu – silap dan salah sememangnya adalah negatif.

Tetapi sebagai manusia, kita tak akan mampu mengelak diri daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Tidak kira sehebat mana pun kita mempersiapkan diri, akan wujud juga keadaan-keadaan di mana kita melakukan kesilapan.
Ramai orang fobia dengan kesalahan dan kesilapan. Kerana mereka takut, ada celoreng hitam dalam perjalanan kehidupan mereka. Namun sebenarnya, kegagalan, kesilapan, kesalahan bukanlah sesuatu yang negatif 100%.

Kita patut memandang kegagalan, kesilapan dan kesalahan itu daripada luar kotak kebiasaan.

Kita ingat kita dah faham
Kadangkala, kita bersedia hingga sampai tahap kita merasakan bahawa kita telah faham atau merasakan bahawa kita telah mampu melakukan terhadap sesuatu perkara.
Namun tiba-tiba, kita melakukan kesilapan. Apa yang kita faham rupanya tidak tepat. Apa yang kita siap sediakan rupanya tidak kena dengan apa yang dikehendaki dalam pekerjaan. Kita telah tersalah. Kita gagal mendapat keputusan yang cemerlang. Kita gagal dalam melakukan kerja yang terbaik.

Di sini kalau keimanan itu wujud bersama kita, pertama sekali kita akan pulang bersangka baik kepada Allah SWT  “Mustahil Allah nak zalim pada aku.”
Hal ini kerana, jelas wujud di dalam Hadith yang ke-24, dalam Hadith 40 Karangan Imam An-Nawawi Rahimahullah: Daripada Abu Zar al-Ghifaari r.a, daripada Rasulullah s.a.w berdasarkan apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya Ia berfirman : “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman…” Hadith Riwayat Muslim.

Maka kita akan melihat semula kesilapan kita itu.
“Kenapa aku silap? Di mana aku silap? Macam mana lah aku boleh tersilap.”
Dan ketahuilah, apabila kita muhasabah semula, kita akan mendapat satu perkara baru. Pengajaran baru. Yang mana sekiranya Allah izin kita tidak silap dalam kesilapan kita tadi, kita tidak akan mempelajari pengajaran tersebut. Kita tidak akan mengetahuinya. Namun dengan kasih sayang Allah SWT, dengan hikmahNya yang tersangat luas, Allah ingin kita melihat sesuatu. Sebab itu disilapkan kita.

Keberanian mengambil risiko.
Apabila mempunyai rasa tidak takut untuk melakukan kesilapan, tidak takut untuk gagal, maka kita akan mempunyai kekuatan untuk mengambil risiko. Semestinya mengambil risiko sekiranya boleh, kita patut elakkan. Namun akan wujud situasi-situasi di mana, walaupun selepas perkiraan yang rapi, tetap wujud risiko yang menanti. Maka di situlah ketidak takutan untuk melakukan kesilapan tadi memberikan kekuatan untuk mengecas keberanian kita dalam mengambil risiko tadi.

Hal ini kerana, kita yakin bahawa, sekiranya kita tersilap, kita akan mempelajari sesuatu yang baru lagi.

Membaca kehidupan, kadangkala 1000 kali lebih bermakna dari membaca buku.
Akhirnya apabila mendalami perkara ini, yakni belajar daripada kesilapan ini, kita akan melihat bahawa kesilapan, kegagalan, kesalahan, itu semua adalah pelengkap kepada kehidupan. Orang yang memerhatikan kesilapannya semula, kegagalannya semula, akan mempunyai kesedaran yang lebih tinggi, kepekaan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah peduli akan kegagalan mereka.

Inilah dia apa yang dikatakan sebagai ‘membaca kehidupan’. Bukan sekadar bergantung kepada teori-teori di dalam buku semata-mata. Namun melihat juga apa yang telah kita lalui di dalam kehidupan kita.

Tidak semestinya perlu silap dahulu.
Tidak semestinya kita perlu silap dahulu. Belajar daripada kesilapan orang lain juga adalah salah satu seni. Namun, apabila tiba masanya bila kita tidak lagi mempunyai pilihan melainkan berhadapan dengan risiko untuk melakukan kesilapan, maka jangan takut. Bersangka baiklah kepada Allah SWT, dan bergeraklah.

Kalau berjaya itu alhamdulillah. Kalau gagal itu, kita belajar lagi. Dan semestinya, bila kita gagal, kita akan nampak sesuatu yang selama ini rupanya kita tidak perasan, melainkan apabila kita gagal.

Melihat kembali hikmah dalam kegagalan. Belajar dari kesilapan.
Kita boleh mula belajar daripada kesilapan orang lain dahulu. Namun begitulah, kadangkala kita rasa kita dah belajar dah daripada kesilapan orang lain. Kita dah usaha dah untuk cermat. Kita rasa kita dah usaha sebolehnya untuk tidak melakukan kesilapan. Namun, apabila Allah izin kita kemalangan juga, akan terbukalah pintu-pintu ‘kecacatan’ yang selama ini rupanya kita tidak lihat.

Maka daripada kesilapan itu kita belajar lagi. Menjadi yang lebih baik lagi. Lebih baik dari apa yang kita rasa selama ini kita telah baik.

Dan begitulah dalam hal-hal yang lain. Kegagalan, kekurangan, kesalahan, semua itu hakikatnya adalah pengajaran halus daripada Allah SWT. Daripada semua itu, kita belajar,mengambil iktibar. Menjadi yang lebih baik lagi.

Belajarlah daripada kesilapan, belajarlah daripada kegagalan, itu semua banyak membantu untuk membina satu peribadi yang lebih mantap.

Perubahan itu sebenarnya bermula dari dalam diri kita sendiri. Orang lain hanya boleh menasihati, beri pandangan, kongsi ilmu, atau mungkin cuba memotivasikan kita. Namun, penerimaannya bergantung pada diri kita sendiri. Di sini, letaknya keunikan pintu hati. Pintu hati kita seperti  pintu hotel, tombolnya di dalam. Orang lain sekadar boleh mengetuknya sahaja, tetpi pintunya perlu dibuka dari dalam..





Wednesday, October 12, 2011

Renungan bersama :)



السلام عليكم


Jemaah Haji Malaysia Maut Jatuh Hotel Tingkat 9

"Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan hotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).
Sumber memberitahu, mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima.
Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam biliknya di tingkat sembilan hotel berkenaan.
“Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Pejabat Tabung Haji ditempatkan di hotel ini. Sementara itu, jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Sementara itu, seorang jemaah haji Malaysia yang turut menetap di hotel sama, Mohd Faizal Mohd Noor berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke Masjid Nabawi, tidak jauh dari hotel itu untuk menunaikan solat Asar.
Katanya, dia ternampak mangsa terjatuh dari bilik hotelnya dan meninggal dunia di tempat kejadian. Al Fatihah. Innalillahi wa inna ilaihi rajiu'n..."

Baru-baru ni kita semua digemparkan dengan berita di atas. Mati itu sentiasa menanti. Semuanya telah ditentukan oleh Allah. Noktah. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Amin.

Dalam kuliah seorang ust baru-baru ini, satu pengajaran dan impian bermain di minda ni. 
"Dalam ziarah ana membawa jemaah haji (mutawwif) tahun lepas, ana berkesempatan melawat sebuah muzium di Madinah al-Munawwarah. Rupanya, banyak muzium yang ada di bumia ini. Malah, kata beberapa pelajar ada menyatakan bahawa di bawah Masjid Nabawi juga ada muzium. NAmun, kerana kesempitan masa, ana tidak berkesempatan untuk melawatnya. Ana dan jemaah di bawa oleh penjaga muzium melawat persekitaran muzium. 
Ana berkesempatan untuk bertanya padanya "Siapakah yang layak untuk dikebumikan di perkuburan Baqie' (perkuburan para Syuhada' dan sahabat Baginda s.a.w)?" 
Dia menjawab. "Sesiapa sahaja  yang meninggal di bumi Madinah akan dikebumikan di perkuburan Baqie', sama ada penduduk asal Madinah, penduduk asal Mekah, mahupun orang yang datang menunaikan Haji atau ziarah.." 
Ana terdiam. MasyaAllah, mulianya sesiapa yang meninggal di bumi Nabi Muhammad s.a.w ini. Bumi barokah. Subhannallah. Beruntunglah jemaah haji wanita yang meninggal di bumi Madinah baru-baru ini. Malah dalam hadith Baginda s.a.w ada menyebut "Mintalah pada Allah agar di matikan di bumiku ini.."  Ana ada menyebut pada para jemaah haji agar meminta dan memohon pada Allah dengan doa ini. Masing-masing terdiam.
Cuba bayangkan, Nabi Muhammad, kekasih Allah adalah orang yang pertama yang akan dibangkitkan oleh Allah nanti, dan kubur pertama yang akan dikorek untuk dibangunkan adalah perkuburan Baqie'. MashaAllah. Mereka akan dibangkitkan selepas Nabi Muhammad s.a.w.. Di belakang Nabi Muhammad yang mulia, habibullah."
Jannatul Baqie'

Terkedu mendengarnya. Dapatkah kita ganjaran sepertinya? Mudah-mudahan inshaAllah.

Buat para jemaah Haji yang dipilih Allah untuk menunaikan haji tahun ini, selamat menunaikan ibadah Haji dengan sempurna. Semoga dirahmati Allah selalu. Doakan diri ini agar dapat menjejaki bumi barokah itu lagi, Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah.

Tuesday, May 3, 2011

tazkirah^^

copied and paste it here, to share..
MUDAHNYA KITA JATUH CINTA!
Dan terkadang kecintaan memelikkan kita.
Mengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang itu?
Hanya pada pandangan pertama.
Dan dulu seorang adikku
selalu mengatakan itu padaku,
Begitu mudahnya aku menyintai seseorang.
Begitu juga dalam jalan dakwah ini.
Kita akan mudah terjatuh cinta.
Banyak kali
Cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini.
Dan cinta kepada mereka yang kita berikan rasa faham ini.
Ia adalah tautan hati
Yang sukar dimengertikan.
Perasaan yang sukar
Dinukilkan dengan lukisan kita
Begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini.
Ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti
Jauh dirasakan dekat
Sering bersama tidak mendatangkan kebosanan
Ianya bahagia tiada tara!
Ia mengajar erti untuk tidak berhenti dalam memberi
Ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri
demi insan yang baru sahaja dikenali
kerana ikatan hati itu
bertahkik pada cinta Ilahi
( aku dan dia, mengalami rasa yang sama; mudahnya hati ini tertaut dan menyukai manusia. Kerana itu, takutnya apabila dialirkan cinta itu pada yang bukan berhak)
Kerana dakwah dan islam, sentiasa menyatukan hati kita,
Menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita,
Setiap masa.
Mudahnya dakwah ini menjadikan kita
Untuk jatuh cinta!
Kerana Allah: Dialah yang meng'allaf'kan hati2 kita!



tazkirah^^

Empat perkara yang harus difikirkan sebelum bersolat supaya solat diterima oleh Allah.
Perkara-perkara disebutkan di bawah ini adalah petikan dari kitab Kuliah Subuh karangan al-Marhum Syed Ahmad Semait. Beliau berkata, Imam al-Murzabani Rahimahullah alaihi membincangkan tentang syarat-syarat solat yang sempurna, perkara tersebut adalah:
1Hadir hatinya
Sesiapa yang solat dengan masih mempunyai fikiran yang tidak fokus maka mereka adalah penyembah yang lalai.
2Bersaksi akalnya
Sesiapa yang solat dengan akalnya tidak memerhatikan setiap gerak-geri dalam solat tersebut maka mereka adalah penyembah yang pelupa.
3Khudu' خضوع (menerima) kepada rukun-rukunnya
Sesiapa yang solat tanpa khudu', atau mengamati dan fokus pada setiap rukun-rukun dan bacaan dalam solatnya, maka orang itu adalah penyembah yang kering.
4Khusyu' خشوع (menghormati) segala anggotanya
Sesiapa yang solat tanpa khusyu' anggotanya; iaitu setiap dari anggotanya bersolat seiring dengan hati dan fikiran yang redha kepada Allah, maka orang itu adalah penyembah yang salah.
Semoga bersama kita mendapat ganjaran solat-solat yang diterima Allah. Amin.
Wallahu a'lam.
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud, maka akan berjatuhanlah dosa-dosanya itu" [H.R.Attabrani]

Saturday, March 19, 2011

5 perkara perlu disegerakan ;D



Dari Hatim Al-Asam: 'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat', maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW:
PERTAMA,
Pabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu, WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan.
KEDUA,
Pabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut.
KETIGA,
Pabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untukmengahwinkannya.
KEEMPAT,
Pabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya.
KELIMA,
Pabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya.

Parasit Hati

Awas, parasit yang seperti itu sentiasa ada. Kenali dia dan menghindarlah jauh-jauh tanpa bermusuh. Jangan buka ruang dan peluang untuk dia mencelarukan hidup mu.
Jangan biar dia mengelirukan pertimbangan mu. Dia itu pandai berkata dan licik bercerita. Cerita yang memikat. Kata yang mengikat. Dia seolah-olah sahabat terapat... tetapi rencananya busuk sekali. Dalam diam dia bijak melaksanakan dendam. Bagaikan api di dalam sekam!
Mungkin kita tidak pernah menjangka orang yang begini wujud. Jika anda lurus, tulus tetapi tidak berhati-hati... anda akan serahkan segala-galanya kepada dia. Kepercayaan, kesetiaan dan harapan, anda pertaruhkan kepadanya. Dia itu bijak menghulur, tetapi tiba-tiba dia akan menyentak dan anda akan tersentak.
Dia kah itu? Mungkin dia berwajah jernih, murah senyuman dan pandai menabur simpati. Lalu anda akan terkesima dalam terpedaya. Sudah nyata tetapi seakan masih tidak percaya. Dia kah itu?
Beringat-ingat, ketika dia bercerita tentang orang lain, satu ketika orang lain pula akan mendengar cerita mu. Dia bijak mengatur bidak, menjolok yang sana untuk menjatuhkan yang sini. Atau menyanjung yang sini untuk memancung yang sana.
Di mana pun dia mudah mendapat kawan, kerana simpati, empati dan kata-katanya sangat menawan. Terlalu lama masa untuk mengenal warna dia yang sebenar. Hanya bila anda mula menjarak, barulah rupanya yang sebenar terserlah.
Jangan takut dan rugi untuk menjauhinya. Dia hakikatnya "parasit" pada hati mu dan diri mu. Dia akan sentiasa memperalatkan dan punya dua wajah yang boleh diterima oleh dua atau tiga pihak yang saling bertelagah.
Jika permusuhan orang lain menguntungkannya, dia menjadi batu api. Jika perdamaian orang lain memberi manfaat, dia akan kelihatan sebagai juru damai yang begitu cinta keamanan. Tetapi hakikatnya bukan orang lain yang menjadi sasaran kebaikan, tetapi dirinyalah jua yang meraih keuntungan.
Cinta jangan keterlaluan, benci jangan sekali. Namun berhati-hati itu sangat perlu... pembeza antara sangka baik dan waspada. Sangka baik itu dituntut, waspada itu perlu. Jangan tertipu dengan senyuman. Jangan melulu oleh kemarahan. Sebaik-baiknya aturlah perasaan agar sentiasa di pertengahan. Agar diri sentiasa dalam kawalan. Pintalah hidayah, pohonlah taufik, untuk mencari kesetiaan dalam amukkan badai kemunafikan.
Ah, biasa ilmu akan datang memujuk kita. Ditayangkan di depan mata akan keburukan sendiri, lalu ketika itu kaburlah kesalahan orang lain. 
Teringat pesan Imam Ghazali RHM, jika yang melakukan kemungkaran itu orang muda... kau katakan, dia masih muda. Masih sedikit dosa dan kesalahannya. Berbandingkan kau yang telah tua, yang terlalu pekat oleh maksiat. Dia masih punya masa untuk taubat. Sedangkan kau sudah berada di garis penamat.
Sebaliknya jika kau melakukan kejahatan, kau melakukannya dengan ilmu, dalam sedar, dalam tahu. Oleh itu dosa mu adalah terlalu. Takutilah parasit hati... yang berasal daripada hati mu sendiri!
Ya, sekali lagi... pandanglah dulu onar diri mu. Parasit hati itu tidak akan mampu merosakkan mu jika kau sentiasa:
1. Solat berjemaah.
2. Sentiasa berzikir.
3. Berdamping dengan Al Quran.
4. Melazimi taubat dan berselawat.
5. Sering bersedekah.
Itulah perisai hati yang akan melemahkan parasit hati!

Friday, February 4, 2011

Dia pilihanku.. :)

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bgelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yg senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mngingati mati Baginya,dunia ini adlh pentas lakonan semata-mata
kita hambaNya adlh plakon 
hasil keptsn lakonan kita akn dptuskn d padang Mahsyar nant

Dia sntiasa mnjga matanya dr brblnja prkara2 maksiat

Dia sntiasa mengajak aku mndalami ajaran islam
Dia seorg yg penyayang dn taat akn kdua ibu bapa
Dia sntiasa brbakti utk keluarga

Dia sntiasa tabah dn sabar dlm mnghadapi dugaan Baginya,dugaan2 itulh yg akn mnjhit semula sejadah imannya yg trkoyak Lantaran mgkin krn kekhilafannya sendiri

Dia sntiasa mnjga solatnya krn itulah maruah dirinya 
Dia sntiasa brsedia mnjd iman dn pmimpin keluarga 
Dia tdk prnh brasa malu mmprtahankn agama IslamNya Kerana Islam adlh addin Allah yg sbnr bnrnya

Dia sntiasa ingn mncontohi sifat2 mulia Rasulullah S.A.W
Dia jga sntiasa brusaha mncintai kekasih agungnya Kekasih sejatinya dan kekal abadi Iaitu ALLAHURABBI

Dia slalu brdoa dn mengmpikn syurga 
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali Kerana,
di situlah tmpt pertama wujudnya cinta 
Dia ingn bawa aku ke syurga yg abadi dn hakiki

Aku mncintai dia krn agamanya dn krn cintanya kpd Maha Pencipta
Andai dia hilangkn cintanya, mka hilanglh cintaku pd dia
Cinta dia trhadap Maha Pencipta mndktkn aku padaNya Cinta Illahi jgalah yg mnyebbkn aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku jga tdk mngetahui siapakh dia jodoh ku Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu sgala Doaku, smoga dia trcipta untk ku 
Semoga aku brtemu jodoh dgn dia Kerana......

Dia pilihan ku.......