Sunday, April 18, 2010

practice makes perfect

Assalamualaikum...weehhhoo~ apa khabar kalian? Sehatkah? Erm, nak cerita apa ye? Oh tajuk kat atas tu...aku tak tahu la ade kene mengene ke tak dengan apa yang aku nak cerita nih...saja sukasuki nak cerita pengalaman aku ber 'baking' dengan adik aku...wahwahwah..macam gempak jer...hahah.. :) ceritenye bermula cam gini...

****************************************

pagi tadi, terbangun lambat sebab lambat tido...heheh...ade orang tu tawu la kenapa...hikhik...bangunbangun ni tak breakfast apa pun...macam biase, laptop aku sudah di on kan oleh adikku yang tersayang, naim...[ kalau balek cuti dia memang akan rembat laptop aku...huhu :( takyah kesian, dah biasa..heheh ]semestinya aku pun singgah sebentar di laptopku itu...hahaha :D

tetibe dia cakap,

" Along, jom buat waffle...dah lama mintak, along tak buat pun..." [ ceh, baru je mintak, cakap dah lama plak budak nih.. ]

" Oh hmmm, okay...bilenye awak mintak..?" [ macam biasa akan bertekak sekejap..hahah ]



then kitorang pun tanya mama cakap nak buat waffle....mama kate cuba cari recipe book, dalam tu ada...so kitorang pun cari punya cari...then jumpa, and terus check bahanbahan kot ada yang tak ada...yeah tekaan aku tepat...telur takde... [ masa ni, mama and ayah sibuk, so kitorang pegi beli barang sendiri, drive ye..haha, bangge pulak. Kebetulan nak hantar barang recycle, so mama suruh angkut sekali... ]

recipe waffle? Nanti aku bagi eh....hehehe...lepas beli telur yang takde tu...kami pun memulakan kerja mem 'baking'...bahanbahannye semua dah ada, tinggal campurkan je semua...naim tolong aku tapis tepung, pukul telur and and and tolong kacau aku...sememangnye die suke menyakat kakak dia ni..well, itulah dinamakan lumrah adikberadik...ehehe :) lepas semua dah sebati, ni le rupenye...



haha, gebu kan tengok...ni namanya dia dah kembang, ala, macam orang kembang kena puji tu...hahah, tapi ni lain la, kembang sebab kena pukul...fuh, sedap tawu kitorang buat...[ tak sesedap mama buat la, huhhu... : ( ] ok, lepas ni ye tuantuan puanpuan...ehehehe...kite kene toast kan dia...macamni...

tapi yang aku dengan naim buat mungkin tak sesedap yang kat dalam gambar ni...[ nak tunggu dia masak punye le lambat..dahla kitorang tak makan apa dari pagi...lunch pun tak, huhu....semuanye sebab bangun lambat and malas...hahaha.. ishishish ] lepas dah masak, naim tolong aku sapu nutella kat atas waffle ni..oh sedaapnya...rangup! rase butter dia...wahwah...[ tolong jangan terliur kat sini...basah laptop tu kang, hikhik.. ]
terpulang pada orang yang nak makan waffle tu dengan apa...antaranya...

















apeape pun kitorang dah mencuba....hehehe..sedap jugak bila makan tu, almaklumla lapar...ehehehe... [ kalaw dah lapar, apa pun sedap kan...butbutbut, kitorang punya waffle sedap actually..mama pun cakap :) ]

lepas siap buat waffle, mama and ayah datang kat dapur...[ berselerak jugakla dapur tu kan...nila keje anak dara dan anak teruna, hahaha :D ]

" Hmm, lepas ni jangan lupe kemas balik dapur tu ye...." mama dah pesan awalawal...hehehe.. [ tapi nak twau, ade ke patut aku je yang kemas, si naim tu cabut lari..kureng!! biasela kan, nama pun lelaki, jatuh la standard kalaw mengemas nih...jangan nanti cik abang kite buat macamtu sudah, nak kene tu! Harhar :D ]

" Sedap ke waffle tu...meh ayah rase sikit...ish, masin! " haha,ayah selalu cam ni taw...tapi lepas tu makan jugak..hehehe... :)

>>>>>> waaaa, nanti if dah masuk DQ, bile lagi nak have fun macam gini...huhu..Ya Allah, tabahkan hati aku...ni sememangnya harapan mama ayah dan diriku sendiri...kuatkan semangat aku ya Allah....amiinamiin...selamat mencuba by the way...!!<<<<<<<<<<<

Friday, April 9, 2010

Lower Your Gaze

There was a companion of ours in Glasgow who became ill and was hospitalized. He was admitted for three days and on the fourth day the attendant nurse said, "Marry me".

He [the brother in Glasgow] asked, "Why? I am a Muslim, you and I cannot become companions."

She said, "I will become Muslim".

"What's the reason?" it was asked.

She said, "In all my time that I have served in hospitals, except you, I have never seen a man lower his gaze in front of a woman. In my life you are the first person who lowers his gaze when seeing a woman. I come, and you close your eyes. Such great modesty can be taught by none other than a true religion."

The protection of one's gaze entered Islam in her. She testified to the Oneness of Allah and became a Muslim. They both got married. By now, the same woman was and is the means of bringing so many other girls and women into Islam.





In a Hadith, the Prophet Muhammad (saw) is reported as having said: "And the eyes commit zina (adultery). Their zina is gazing."The Prophet Muhammad (saw) commanded Imam Ali (as) said: "Ali! Do not look once after another, for the first look is for you (since it happens accidentally) while the second is against you."

"Jika inginkan yang soleh dan solehah, jangan hanya MENCARI...tetapi berusahalah MENJADI soleh dan solehah...."

Tuesday, April 6, 2010

Perginya seorang kekasih Allah

Habib Abdul Qadir al-Saqqaf
 
Semoga Allah terus menggolongkan kita, di dalam orang yang soleh dan solehah dan selamat di dalam perjalanan ke akhirat.

 Beliau adalah seorang alim besar dan pendakwah hebat di peringkat antarabangsa dan disebut oleh alim ulama di Hadramaut beliau sebagai seorang Wali Allah. Allahyarham Habib Abdul Qadir al-Saqqaf telah selesai urusannya di dalam umur 101 tahun.

Kita bagaimana? Adakah umur yang semakin bertambah, amalan kita juga bertambah, hubungan kita dengan Allah bertambah,atau semakin kita jauh dari cahaya ilahi.
Marilah sama-sama kita renungkan.
 
Samasama lah kita menghadiahkan pahala bacaan al-fatihah buat Allahyarham Habib Abdul Qadir al-Saqqaf. Al-Fatihah...
 
[ ada banyak lagi cerita yang sangat menarik hati aku setiap kali aku baca blog Ust Amin. Seronok bila baca kisah Ust dengan anakanak yatim Al-Ijabah di Mekah al-Mukarramah. "berbahagialah orang yang menggembirakan anak yatim.." Dipetik dari ; blog Ustaz Amin [ Muhammad bin Abdullah ]
>>tadi aku pergi kuliah maghrib di Masjid Al-Falah..penceramah tu cakap utagha, mintak maaflah, tak tawu nama ust..tapi ust tu ada berpesan 
"Jika kita terdengar berita ada kematian, hadiahkan al-fatihah sekali dan surah al-ikhlas 11 kali..."
Ust tu sambung lagi..
"Bacaan yang paling elok tajwidnya (shadid), akan sampai dahulu pahalanya kepada orang yang mahu dihadiahkan pahala bacaan itu berbanding orang yang sekadar membaca tanpa tajwid yang betul.."
sekadar berkongsi serba sedikit ilmu yang ada..moga kita dirahmati Allah..<<

Photos & Tagging yang Mengundang Dosa


Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

[ dipetik dari blog : Ustaz Abu Umair  ]

Monday, April 5, 2010

Kelebihan Menghafal Al-Quran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

..Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni aku terasa nak share dengan pembacapembaca blog tentang Kelebihan Orang yang Menghafal Al-Quran. Sedikit sebanyak aku ambil dari blogblog yang pernah aku baca mase ber blogwalking hari ni...Membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat pahala dan menjadi syafaat di dalam kubur dan juga di hari Akhirat, tetapi ia juga merupakan ubat dan penawar serta rahmat bagi seluruh umat islam.....inshaaAllah, samasama lah kita renungkan....




1) Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.


 Hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
    "Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidak
    menyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran).  Dan
    sesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yang
    masuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang
    kasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita
    baik daripada Allah Ta'ala".

 2) Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70x340 740= 23 851 800) berbanding yang baca secara
biasa. Pembaca yang ikut hukum tajwid juga mendapat pahala syahid.

 Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) bersabda bemaksud:
    "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Ta'ala, maka
    baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan
    sepuluh kali ganda.Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi, Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf". (Riwayat Ibnu
    Mas'ud.)

 3) Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah. 

"Sesiapa yang mendengar (bacaan) satu ayat dari kitab Allah
    (Al-Quran), maka ayat itu menjadi nur (cahaya) baginya". Riwayat
    Ibnu Abbas r.a.
  
4) Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong) serta dapat memberi syafaat untuk masuk syurga kepada 10 orang ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
 5)Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

6) Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
"Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini." (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

7) Barangsiapa yang beramal dengan Al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.Dan rugilah kata Rasulullah orang yang tidak ada Al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat.

"Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran
    di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir
    runtuh"  Hadis riwayat Tarmizi.


8)Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

9) Allah berbual dengan pembaca Al-Quran. Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami kandungannya. 

"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy) 

10) Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemulian dan akan mendapat keredoan dari Allah Ta’ala.

 11) Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.

12) Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai. 

13) Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.

14) Pendamping Al-Quran akan menjadi orang yang cerdik lagi pintar. 



15) Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerena tiada amalan yang lebih mulia dari membaca Al-Quran. Dan orang yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para-para nabi ‘alaihimussalaam.




 Jika inilah kelebihan mereka yang belajar al-Quran, maka Kenapa harus kita menyisihkan pelajar-pelajar tahfidz dengan mengatakan tidak ada masa depan untuk mereka dan seumpamanya? Tidakkah mereka ini dalam jaminan Allah s.w.t?? Renungkanlah....


Sunday, April 4, 2010

DIAM boleh tak? [ www.iluvislam.com ]

DIAM boleh tak?
editor : everjihad



Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,

Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,

Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"
"Diam-diam tong kosong"
Atau "diam-diam tong penuh berisi kekotoran" .

Abou Hurayrah relates that Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Whoever believes in Allah and the Last Day should speak a good word or remain silent. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his neighbor. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his guest."� [Sahih Al-Bukhari and Sahih Al Muslim]
The Prophet (peace be upon him) said: "Indeed a servant will speak a word pleasing to Allah that he thinks to be insignificant, but because of it Allah raises him by many degrees. And indeed a servant will speak a word displeasing to Allah that he thinks to be insignificant, but because of it, He will consign him to the Hellfire."� [Sahih al-Bukhari]