Saturday, February 27, 2010

Doa..



Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.. 



Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…



Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..



Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…



Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..



Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…



Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu





Ku petik Cinta itu.....

kupetik cinta itu

kusemat dalam hati yang kosong

kuraih cinta itu

dengan rasa rindu dendam


Selama cinta bersemi dalam hati

hati semakin resah gundah-gulana

kalau cinta ditolak

bak burung pungguk rindukan bulan

kini cinta tidak kesampaian


kupetik cinta sekali lagi

kusemai cinta di halaman sepi

cinta berpadu hati terlara

layakkah daku bercinta dengan hati yang rapuh?

terimalah cinta ku ini seadanya

moga Kau sambut cintaku ini............



**buat semua,cintailah Allah & Rasul sebelum kita mencintai manusia**

....cintakan bunga, bungakan layu....
....cinta manusia, manusia kan pergi....
....cintakan Allah, cinta sejati yang abadi....

>>>dipetik dari novel Surah-surah Rindu...

Ustazah oh Ustazah! #3

Wah penatnye 2-3 hari ni..huhu..tapi aku nak menaip jugak untuk share dengan korang..hikhik..budakbudak ni macammacam karenah dia kan?aku sendiri penat nak melayan..tapi untuk adikadikku, no matter what aku tetap layan..mereka sangat menceriakan+menggembirakan..
 

along luvs u both so much!!! Mwaaaaah...........


Sambungan episod 2..sebenaqnya nak letak gambar diorang dah lama..tapi bila pegi sekolah lupa nak bawak kamera, alihalih aku amek guna phone jer..senang sikit..nak tengok gambar diorang?? Jomjom! Tak sempat amek semua budak, tapi adalah beberapa yang suka gambarnya disnap..[terutama Afiq Iskandar].. Ni gambar kelas 2 tawakkal yang aku citer sebelum ni..yang lainlain tak sempat nak snap..hukhuk.. :'(

 

Ni gambar budakbudak perempuan...alahai, diorang nie semua muke innocent jer..dalam kelas ni, adala 2-3 orang budak perempuan yang suka ikut aku mana aku pegi..bila aku bangun, dia ikut aku, pegang baju aku dari belakang..andand tak habishabis "ustazah, ustazah...." tapi takpelah, ada anak nanti macam tu jugak kan?hekhek..budak tu [gambar first, yang kiri sekali..] haa, dah tau kan yang mana? ala, aku tak kesah pun..saja nak share..[cumenye kekadang lemas jugak dibuatnye... :) ]




Oh mereka ini sangat comeyl..anak murid kesayangan aku tu, sebab diorang ni rajen buat kerja...yang bawah tu most favourite student..hekhek..name dia Muhammad Danish..[yang laen jangan marah ye, ustazah tak ingat sangat name semua..sowry!]

Hah, ini dia Afiq Iskandar aka hero+mat romeo hari ini...kehkehkeh..[ni masa hari maulidur rasul, sebab tu baju dia warna lain..]



Nilah dia Afiq yang aku sebutsebut sebelum ni..hehe, macho kan?
"Afiq, thanks untuk bihun sup+coklat haritu..nanti bilabila ustazah belanje kamu semua okayh?"



  

diorang ni memang suka berposing..waaaaa..nanti aku mesti rindu diorang...dahla sekarang tengah dengar lagu sedih..hukhuk T_T

*********************************


"naimah, hari ni masuk kelas darjah 5 ye.."

"erkk, darjah 5? Kelas lain takde ke ustazah? Ermm, okayokay.." 
[bukan aku taknak masuk, tapi tautau jela, budak bila dah besar sikit mula nak naik kepala..hukhuk..]

'tabahlah wahai hati'

 2.40-3.10   ~5 ikhlas..

mase aku masuk kelas ni, dengar budakbudak ni bisikbisik dengan kawan diorang..sekarang masa hafazan..jadi aku kena tasmi' bacaan diorang..

>>>eh, ustazah baru lah. Yeay!<<<
>>>ustazah ni ajar ape ek?<<<

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ustazah..........." 
[panjang sikit sebab diorang taktau nama aku lagi, hihi..]

dorang gelakgelak sebab taktau nama aku..malu jugak aku kat depan tu..huhuh..
"Waalaikumussalam, duduk semua...."

"Syukran jazilan ustazah.........."

Lagi sekali diorang gelak..huhu..malunye, lepas tu aku perkenalkan nama aku..aku tanya diorang boleh tak aku ajar diorang..
"BOLEH!!!!!!!!!!!!!!"

aku ganti ustaz diorang yang tak datang haritu..sebenarnya bukan tak datang, ustaz diorang pegi kursus..ada sorang budak ni, namenye Athirah..dia cakap,

"ustazah, boleh tak ustazah ganti aje terus ustaz salleh tu?"

"Haish, takkanlah..ustazah ganti aje.."

"alaa, ustazah..mintaklah kat pengetua.."

"Nanti ustazah mintak bagi harihari ada  masuk kelas kamu ok?"

macam biasa, bila masuk kelas manamana untuk first time, aku akan tanya nama budakbudak ni...walaupun dirorang darjah 5, tetapi rupenye perangai macam darjah 1&2..manja..kena pulak aku yang ngajar..[maklumla baru setahun jagung dah kena masuk mengajar orang..huhu..takpetakpe timba pengalaman..] Diorang ni darjah 5, tapi semua kecikkecik belaka..comelcomel pulak tu..name pulak sedapsedap, makna pun baikbaik..alhamdulillah..soalan cepumas memang sentiasa kena kat aku..hukhuk..sabar jelah..

"Ustazah, ustazah dah kawen?"

"Dah..baru je..kenape?" 
[tergelak aku dibuatnye..dah tak larat nak jawab, aku pun iyakan aje pertanyaan diorang..hakhakhak.]

"Alaaa..ustazah.."

"kenape ni?ni bila nak siap kerja ni?hmmmm..." 
[mase ni semua budak perempuan kerumun aku..]

"Baru ingat nak rekemen kan ustazah kat seseorang..yg ni memang sesuai dengan ustazah.."

Haish, aku pun pening dengan soalan diorang tu..apeape pun yang penting, niat kita mesti la ikhlas kerana Allah kan..insyaAllah samesame lah kita ikhlas kan hati dalam ape jua kerja yang kite buat..

>>>oklah..aku dah penat+mengantok+takde mood sikit..huhu..nanti kite sambung bercerita ye..apeape pun aku harap ape yang aku cerita ni sebagai hiburan kita..tapi apa yg WAJIB dibuat janganlah ditinggal..DOSA tau..teruskanla perjuangan Nabi kita, Muhammad s.a.w.. Salam Maulidur Rasul buat kalian...kenang daku dalam doamu...pengajaran hari ini, jangalah samekan budakbudak dengan kite..pemikiran diorang belum matang..jadi berfikirlah secara rasional apabila berhadapan dengan diorang ye...



Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431H..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Ya Rasulullah..
Kelahiranmu membawa sejuta erti....

MENGHANCURKAN benteng kejahilan..

MEMBINA sinar kebenaran..


MEMADAMKAN detik kegelapan..


MEMANCARKAN cahaya keimanan..


MEMUSNAHKAN api berhala sembahan..


MENUNTUN insan mengESAkan Allah..




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



>>semoga kita dapat dapat meneruskan perjuangan RASULULLAH s.a.w untuk menegakkan agama islam di muka bumi ini...<<

Buat temanteman, ayuhlah kita sambung perjuangan Baginda walaupun kita hidup di akhir zaman yang penuh onak dan duri... Salam Maulidur Rasul 1431H..



 
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Wednesday, February 24, 2010

Ustazah oh Ustazah! #2

alhamdulillah aku masih berkesempatan untuk berblogging nih..thanks Allah..

Hah, aku janji nak cerita pasai anakanak muridku kan? Okay, bnyak sebenaqnya..[almaklumla, cek org utagha,,klaw angpa tak faham, toksah segansegan, tanya la cek naa]. Masa first day, masuk kelas darjah dua..cuak jugak sebab jadik guru kelas tu..aku masuk kelas 2 tawakkal..bak kata ustazah aku[yg rekemen aku masuk mengajar ni ustazah aku..]

"naimah, harini kamu pegang kelas 2 tawakkal eh?"

"oh ok.."

"kamu kena banyak bertawakkal la ye sebab dapat kelas lastlast ni..."

"hehehe..insyaAllah saya cuba.."

sesi perkenalan pun bermula..nama diaorang sedapsedap..yang aku paling tak boleh lupa, Afiq Iskandar..sebab ape?hah, nanti aku cerita okay..macam soalan yang ditanya oleh budakbudak ni..

"ustazah, umur ustazah berapa?"

"rahsia.."

"ustazah dah kawen?"

"belumlah..hehehe..kenape?"

"abes, tu inai dengan cincin ustazah tu..mesti dah kawen..kan?" [aku memang pakai pun,tapi tak kawen lagi..]

"kenapa kalau ustazah dah kawen?"

"ada orang suka ustazah, sebab ustazah cantik.."

ya Allah, macammacam..tak terjawab aku dibuatnye..aku bersyukur kepada Allah kerana ape yang dikurniakan, dan ape yg diorang cakap tu hanya pinjaman dari Allah..bilabila pun Allah boleh tarik balik..tapi bagi aku, biase je..semua orang sama..Allah tak pandang kecantikan luaran, tetapi kecantikan dalaman..yang penting HATI...hati tu ibarat pengemudi dalam diri manusia..kalau baik hati, maka baik lah keseluruhannya..

aku ditugaskan ajar bahasa arab haritu..seronok jugak bila tengok buku teks diorang..ajar perkaraperkara yang basic..contohnya burtuqalun, qamhun, tuffahun, filfilun, 'inabun..macammacam lagi lah..teringat zaman aku sekolah dulu..betapa seronok dan semangatnye nak hafal kat ustazah..sebab selalunye kalau siape dapat hafal paling cepat, dapat banyak bintang..[faham tak ni?siape pernah jadi budak kecik, tau la..heheh]

sedang aku seronok mengajar diorang sambil anganangan [bukan pe, teringat zaman sekolah rendah dulu..], ada sorang budak ni..

"ustazah, dah rehat lah!"

"oh, okay..kamu semua boleh pegi rehat.."

Diorang ber pusupusu keluar kelas..budakbudak kan..aku pun amek kesempatan ni kemas barang sebab nak tukar kelas..sempatlah aku tengok phone aku, tibatiba..Afiq Iskandar ni datang kat aku..

"ustazah, haa..call pakwe ye?"

"kamu ni..mana ade..kenape?"

"ustazah nak makan apeape tak?saye belikan.."

"eh,takpetakpe..ustazah dah makan..kamu pergilah makan.."

"taknak, saye nak beli jugak.."

Afiq tu terus keluar, aku tak sempat nak tahan dia..aku pun keluar kelas..nak pegi pejabat..bila aku balik kelas, ada sebungkus plastik atas meja..heran jugak aku..aku tanya budakbudak tu..tapi takde sorang pun tau..Afiq tu pun masuk..aku tanya dia..rupanye dia yg beli..aku ingat dia mainmain, rupenye betulbetul.alhamdulillah..rezeki jangan ditolak..lepas abes kelas, aku kena buat laporan harian..aku pun bukak la beg nak amek pen, selukseluk ada coklat..

Afiq tu masuk senyapsenyap, 

"ustazah jangan lupa  makan tau..."

"lah, kamu yg bagi ni ke?" [aku tunjuk coklat tu]

"aah, ustazah makan taw.."





>>>>>>>>>>>sambungannye? nanti eh..aku dah mengantok ni..heheh..banyak lagi karenah budakbudak ni..tak sabar nak share dengan korang..tapi malam ni, aku dah tak terdaya nak menaip..tunggu episod seterusnya....tata~


Tuesday, February 23, 2010

Ustazah oh Ustazah #1

Pengalaman pertama aku ditawarkan menjadi guru ganti, tanggal 9 februari 2010 [tarikh keramat]. Ni lah orang kata kerja 'part-time', kerja sementara tungu result SPM. Mula2 takut jugak, macammacam aku fikir..  

"layak ke aku ni?"

  "ilmu tak seberapa, nak ajar orang pulak" 

tetapi mama menguatkan semangat aku, 

"kita buat apa pun mesti kerana Allah, insyaAllah yg susah akan jadi mudah.." 

Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan ibu setabah mama..


Sememangnya aku tak nak cari kerja..nak duduk rumah dengan adikadik & family sebelum aku berangkat ke manamana. Rezki Allah luas, tak tahu lagi Allah nak tetapkan aku belajar di mana. Dan yang pastinya, apa yg ditetapkan adalah yg TERbaik untukku..


Macam biasa, setiap hari aku kena punch kad pukul 1 petang..oh ya, untuk pengetahuan semua, aku mengajar sesi petang..kekadang terkocohkocoh jugak nak kejar waktu tu, lunch pun tak sempat..jadi alihalih bawak la bekal [macam zaman sekolah dulu]..lepas tolong mama masak, dah nak kena siap nak masuk sekolah..selalu mama hantar aku ke sekolah tempat aku mengajar, kerana mama juga mengajar sesi petang..jadi kami samasama berkhidmat kerana Allah untuk mendidik anak bangsa..[cewaah, ayatku..]


>>>>>>>>>Banyak lagi yg nak dikongsi, tapi untuk malam ni setakat ni dulu..aku nak kena study, ada exam.. + + mata dah kuyu, ade rezki dan Allah panjangkan umurku, aku akan menulis lagi..kisah anak-anak muridku..macammacam keletah diorang ni..nak tau?? tungguuuuu lah ye.. XD

Monday, February 8, 2010

Little thought about Friendshipp..



Friends are people whom we turn to when our spirits need a lift. They are always by our side through thick and thin. They stand beside us even when our disposition is not perfectly right and will fight for us if we are oppressed. Therefore, it is clear that friends play a vital role in shaping who we are today. But what qualities exactly do we need to look for in a friend?


A friend should always be caring towards you. He or she should take interest in your problems no matter how big or petty your problem may be. A friend should be able to sit beside you and encourage you to keep your chin up even when everyone else is against you. A friend’s empathy and lovingness will also replenish your worn-out soul and will make you realize how important a friend really is.


Apart from that, a friend should be an honest person. An honest friend will dissipate any worries that he or she is lying towards you. A friend’s honesty will enable you to trust his or she’s opinion when it comes to telling you the truth about yourself. For example, an honest friend will remand you on your declining grades and will ask you to work harder while a dishonest friend will see it with a blind eye. Therefore, an overall improvement in yourself will be noticeable if you have an honest friend.

Moreover, a friend should be generous both emotionally and knowledge wise. A friend who is generous ought to be able to connect with you and provide emotional support. He or she should also be generous when it comes to sharing knowledge. A true friend must be ever-ready to help you when you are inept in certain subjects. A friend can easily guide you towards understanding the subject matter better as he or she is often on the same page as you. 

Besides that, a friend must also be able to humour you. Humour plays a quintessential role in making your day more lively and enjoyable. Friends who pull your leg and mess about will indefinitely make life seem so much better. As they say, laughter is the best medicine and a little levity on rainy days is always welcomed.
In conclusion, friends are people we spend most of our time with. Thus, we have to be selective when it comes to choosing our friends. 


Uhibbukum Fillah, InsyaAllah..

The best place in My Heart

Mecca is the place where every muslim wish to go at least once in their life. It is where the kaabah lies, the direction where muslims faced when they pray..
 

Last year, I had the opportunity to perform the umrah in Mecca. I went there together with the whole family comprises my parents, and my two siblings. We went there for three weeks including visits to Syria and Jordan...

Firstly, we flew into Medina for a couple of days. Medina is the place where usually all the pilgrims will take a chance to go for a visit the makam of our one and only leader the Prophet Muhammad (s).. In Medina, there was a grand and a big mosque called Masjid Nabawi.. Then, came the bus trip to Mecca which took us 8 hours. I was very excited during the journey because I finally get to visit the place of my dream.. I can't hardly sleep eventhough it was a long and tiring journey...

Alhamdulillah, we finally arrived in Mecca at midnight.. After settling in the hotel, we went to the grand mosque called Masjidil Haram.. The sight was magnificent, it took my breath away.. I cried at the sight of the Kaa'ba within the grand mosque...


The next few days was spent performing umrah and prayers at the mosque.. There were thousand and thousands of pilgrims from all over the world. It was a spiritually uplifting feeling for me.. MasyaAllah..

 
Mecca sits in a valley surrounded by rocky hills. It has a lot of history that is very important to muslims. It was the birthplace of our beloved Prophet Muhammad (s)..

Mecca has a lot of hotels that caters for the thousands of muslims that came here throughout the year. It also has a lot of bazaars that sells almost everything.. One of my favourite is abaya's bazaar.. From clothes to souvenirs. There were lots of food stuff on sale well.



The weather in Mecca was hot and dry during the day but cold at night.. I felt very peaceful there despite huge crowd and the hot weather. It was a very special spiritual feeling for me to be in Mecca..
 

I felt  very sad when the day came to leave Mecca. It carries a special thought to me and also to other muslims. Mecca will always have a special place in my heart. Hopefully I will be able to go there again sometimes in the future. It definitely the best place in the world....


( Taken from my school work, during SPM's gerak gempur.. Hehe.. Hope to go again someday with my family and hubby, insyaAllah......)

Wednesday, February 3, 2010

Ampuni dosa-dosaku.....

Alhamdulillah.. Ya Rabbul Alamin… Aku bersyukur padaMu, Wahai Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, penghulu segala Nabi, Rasullullah SAW. Saat ini, KAU masih berikan aku nikmat yang paling besar iaitu islam dan iman. Syukran, Ya Allah… Saat ini, aku masih diberikan kesempatan untuk beribadah kepadaMu. Saat ini, aku dalam kasih sayang dan rahmatMu… Begitu banyak nikmat2Mu yang telah aku dustakan, begitu banyak dosa2 yang telah kulakukan, begitu sedikit amal ibadahku… Di saat ini, izinkan aku meluahkan rasa cintaku padaMu, Ya Allah. Sementara, pintu taubatMu masih terbuka, di saat rohku belum berpisah dari jasadku, di saat Malaikat IzrailMu belum menjemputku untuk bertemu denganMu.

Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati ini, ampunilah dosa2 laluku, aku benar2 menyesal dengan dosa2ku itu, betapa bongkaknya hambaMu, dahulunya yang telah melupakan Yang Maha Pencipta, dahulunya yang lalai dan alpa, dahulunya yang dibuai keindahan duniawi… ampunilah aku, Ya Allah, kerna tiada yang dapat mengampuniku melainkan Engkau, Yang Maha Pengampun. Ya Allah, aku benar2 menyesal dengan dosa2ku yang lalu, aku tidak mahu dosa2 itu terus berulang, aku tidak mahu melakukannya lagi… Ya Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, sesungguhnya hambaMu ini lemah, hambaMu ini tidak kuat, Kau pimpinlah aku, ke jalan menujuMu. Jika kadang2 ku tergelincir dari jalanMu, tariklah aku kembali. Ya Allah, Kau rahmatilah aku, keluargaku, sahabat2ku, muslimin muslimat yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Jauhilah kami dari azab api nerakaMu, berikanlah kejayaan dan kebahagiaan kepada kami, di dunia dan di akhirat… Amin.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin....