Okaylah, tak nak celoteh panjangpanjang..lamaa jugak eh aku nak sambung cerita ni, almaklumla kalau bukak je laptop ni n tekan www.blogger.com, tetiba ade je bende terlintas nak buat. Nak check tu nak check ni.. Haih, dugaan betul. But, harini ku tabahkan jua untuk menulis cerita ni buat kaworang. [Ceh, poyo lah pulak..]
****************************
"Mana pulak kelas 1 ikhlas ni? Hmmm.."
Aku dari pejabat nak pergi masuk kelas. [harini macam penat sikit, taktau kenape..] Nak buat macam mana, hari ni masuk kelas darjah 1. Tetiba ade sorang budak ni datang dari belakang peluk aku.. Oh terharunya! [cumenye aku taktau nama dia, dah banyak sangat budak aku jumpa. Naek pening jugakla bila nak ingat nama tu, lagilagi ustazah ganti macam aku. Hukhuk..] Rase macam darjah 1 or 2, sebab dia kecik. Comel! Dia tanya aku,
"Ustazah, harini masuk kelas kitorang tak?" [dia masih peluk aku, oh ye..ni budak perempuan..kang nanti ada yang marah+jeles pulak, ahakz! XD]
"Kelas kamu? Kamu darjah berape ye? Ustazah tak sure la.."
"Saye kelas 1 Amanah ustazah.."
"Jap, ustazah tengok jadual ye.." [aku pun belek la buku laporan harian, tebal pulak tu..]
Bile aku cakap aku ada masuk kelas diorang, diorang melompat depandepan tu jugak..budakbudak ni tunjuk aku kelas 1 ikhlas, and pesan;
"Nanti ustazah masuk cepatcepat tau kelas kitorang....."
Oh, mereka sangat prihatin tentang masa..bagusnya~ macam biasa, masuk kelas yang baru mesti kekok sikit..nak kena kenal dengan budakbudak, tanya nama and so on..barulah mesra..kankan? terutama budak darjah satu, manja betul..taktau lah kenape, agaknya Allah nak uji kesabaran aku kot..setiap kelas yang aku masuk, mesti ada budakbudak yang gaduh..tahap kesabaran aku masih boleh dikawal..
Kalau budakbudak ni gaduh, aku ingatkan mereka akan kisah nabi yang sering memaafkan kesalahan orang..aku ada jugak cakap
"kite mesti sayang kawan kite, kalau kite takde kawan, mesti sunyi kan? Takde orang nak main dengan kite, nak cakap dengan kite.. Kamu sayang kawan kamu tak?"
Budakbudak tu angguk. Akhirnya, seronok jugak tengok budakbudak ni dah baik balik..bila diorang nangis sebab kawan buat, panik jugak aku..alhamdulillah, masih boleh dikawal kepanikan aku tu..
***************
Masa rehat, aku suka menghabiskan masa aku jumpa dengan budakbudak yang mana aku pernah ajar..ada yang ajak aku kejar diorang..haih, ustazah dah besar la nak main tu..kadangkadang aku jadi tempat diorang menyorok..hikhik, terasa macam kanakkanak pulak..1 Amanah, dari jauh aku jalan diorang dah happy dalam kelas tu..dengar diorang cakap..
"Yeay Yeay! Ustazah nak masuk!!"
Terhibur pulak aku dengar diorang cakap macamtu..terasa aku ni penting bagi diorang..[hehehe, perasan pulak aku ni..] bila masuk diorang mintak aku bagi latihan..aku pun tulis kat papan putih latihan yang diorang nak..
sedang aku tulis kat depan, ada sorang budak ketuk pintu..budak darjah 5, jauh betul dia merantau nak cari aku..nak ajak sembang katanya..dah lama dia mintak number aku, tapi aku tak bagibagi..hukhuk..bukan taknak, tapi tak cukup kredit la nak bersms aje..lagipun aku ada komitmen laen..jangan marah ye sayangg... :)
budakbudak 1 Amanah ni memang cepat betul siapkan kerja yang aku bagi..itulah kelebihan budak kelas pertama, disukai cikgu..tapi tak bermakna aku lebih kan kelas ni, cuma happy sebab diorang ni sangat ekspress buat kerja..
********************
1 Istiqamah..haa, jengjengjeng! Kat sini la cerita sensasi aku..bagi akula, bagi korang aku tak tau la kann..huhuhu.. :)
Budakbudak 1 Istiqamah ni dah kenal aku rupanya..mestila, kerabat diorang keliling kelalang..bila aku masuk, diorang dah senyumsenyum..aku pun senyum la balik..lepas bagi salam, aku pun suruh diorang duduk..aku biarkan aje diorang siapkan latihan bahasa arab yang ustazah sebelum aku masuk bagi kat diorang..
"Ustazah, nama ustazah naimah kan?"
"Amboi pandainye..mana tau ni?"
"Kawan kitorang bagitau..ustazah ni cantik la.."
"Aah la, ustazah ni cantik.." [macam biasa kerumun meja aku...sebolehnya diorang nak buat kerja kat meja aku..hehe..]
"Kamu nii..adeade je..cepat siapkan, nanti ustazah Hidayah marah.."
Kecantikan yang ada tu pinjaman Allah, bersyukur lah dengan ape yang ada..Kalau Allah nak, bilabila je Allah boleh tarik balik..janganlah mengubah kejadian Allah..sesungguhnya Allah ciptakan kite dengan sebaik-baik kejadian..[banyak kali aku ingatkan diriku tentang ni...aku hanya insan biasa yang mengharapkan keredhaan Allah..] ni citacita aku...
Tiba-tiba ada sorang budak ni, nama dia Sharifah..datang kat meja aku..dia bagitau aku.............[terkejut aku dengar, aku sendiri pun takde, kot...hihihi]
"Ustazah, saye ade pakwe..."
"Haa? Ade pakwe?" [taktau ape perasaan aku, nak gelak ke ape..huuu~]
"Ustazah nak tau tak pakwe saye yang mana?"
"Yang mana?" [aku iyekan aje, nak tau jugak pakwe dia yang mana..]
Dia pun tunjuka la pakwe dia yang mana..boleh tahan jugak pakwe dia, comel! Duadua kecik..memang sesuai la jugak..pakwe dia cakap ape kat aku korang nak tau?
"Ustazah, saye sayang makwe saye.."
Ade kawankawan dia menyampuk.....
"Ustazah nak tau tak, diorang ni bila besar dah janji nak kawen.."
"Betul ustazah, tadi kitorang dengar diorang panggil sayangsayang lagi.."
Pastu budak Sharifah ni mintak kat aku nak keluar pergi sharp pensel..aku pun benarkan lah..sempat lagi budak ni lambai kat pakwe dia sebelum keluar,
"Bye sayang...." [sambil lambaikan tangan dekat pakwe dia..]
"Bye, pergi la sharp..." [yang syoknya pakwe dia buat flying kiss, amboi macam dah kawen pulak aku tengok..haih..tergelak aku dibuatnya...]
Mau tak terkejut aku..budak darjah 1 cakap macam tu. tengok betape diorang ni terdedah dengan CINTA sejak kecik..tengokla, tu baru budak darjah satu..yang remaja kat luar sana tu, dating and berpegang tangan semua..nauzubillah..mintak jauhla semua tu..
Ape salahnya kawen terus kalau dah suka..betul tak?jadi takde buat benda haram dah..kalau mak ayah setuju lagi senang..halalkan terus..tapi pastikan kite pilih ikut ciriciri yang baik la..macam dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w..[bagi lelaki nak pilih perempuan..] jangan pilih atas dasar cinta je, carilah yang mencintai kite kerana Allah, insyaAllah akan bahagia selamanya....amin, amin!! [insyaAllah, aku pun..kalau dah ada, kawen terus..hehe.,tapi bukanlah sekarang ye....]
>>>Okla, thanks utk semua yang sudi membaca..harapnye ape yang aku cerita ni boleh korang amek pengajaran sedikit sebanyak..ni jelah pengalaman aku setakat ni..lepas ni, lambat la lagi nak cari pengalaman bekerja..aku nak sambung belajar lagi..mungkin lepas ni, aku share pengalaman aku kat U pulak lah kot..ok, i hope that all of u enjoy my cerita..thanks again! Take care everyone!

best pulak bace~
ReplyDeletehaha
keep on writing
:)
alamak..dah last episode.. best r layan crite nih.. boleh bukukan pastu jual kat kedai. laku punyer. haha
ReplyDeletezida; thanks..tapi ni last episode dah..
ReplyDeleteciQu; perli ke?hukhuk..tak best mana pun, lagipun episod dia skit je.. :)