Wednesday, March 3, 2010

**Bahagia dalam Duka** [karangan; DNH]

"Assalamualaikum, Ustazah Aisyah Husna?"

"Waalaikumussalam, ye ana bercakap ustaz. Ada hal apa ye ustaz?"

Ustaz itu menyuarakan hasrat hatinya untuk bertemu Aisyah Husna di rumah Ustazah Faridah dan Ustaz Syukri petang itu. Aisyah Husna menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. 'Kenape ye Ustaz Muazam tu nak jumpa?'

Aisyah Husna meneruskan perjalanannya ke kedai berdekatan. Wardatul Ruqayyah yang dari tadi menunggunya di dalam kedai sudah mula menunjukkan mukanya yang mencuka.

"Akak pergi mana ha? Tahu tahu je akak dah hilang. Orang lapar ni."

"Tadi Ustaz Muazam telefon akak, dalam kedai tak dengar. Sebab tu akak keluar. Jangan lah marah ye cik adik. Okla, akak belanja hari ini."

Mereka memesan dua syawarma. Sudah menjadi makanan kegemaran mereka semenjak mereka menetap di sini. Aisyah Husna akan menamatkan pengajiannya hujung tahun ini. Manakala, pengajian Wardatul Ruqayyah masih berbaki lagi setahun setengah. Hubungan mereak agak rapat memandangkan mereka sekufu. Aisyah Husna mengenakan kot hitam kegemarannya yang dibeli sewaktu mula-mula sampai di bumi Syria ini. Kesemua penghuni bait sakinah berpurdah. Ini adalah untuk keselamatan mereka sendiri dan untuk elakkan fitnah dan menjadi perbualan pelajar-pelajar banin di sini.

Pemakaian purdah di kalangan pelajar Malaysia Syria bukanlah perkara baru dan pelik kerana keadaan dan suasana di sini amat berbeza berbanding di Malaysia. Lelaki arab amat gemar melihat perempuan ajanib. Bagi mereka, perempuan ajanib lebih cantik berbanding perempuan arab sendiri. Jadi tidak hairanlah jika ada di kalangan pelajar ajanib yang datang belajar di sini dilamar oleh lelaki Arab dan tidak kurang juga yang diganggu oleh lelaki Arab. Tambahan pula, keadaan keselamatan pelajar perempuan di sini tidak begitu terjamin keselamatannya. Jadi, pihak persatuan sendiri menggalakkan pelajar perempuan memakai purdah. Lagipun, pihak lelaki sendiri lebih suka berurusan dengan pelajar perempuan yang memakai purdah kerana bagi mereka, mereka tidak terdedah dengan perkara yang tidak baik.


*****************************

"Assalamualaikum Kak Long. Mana Ibtisam?"

"Waalaikumussalam, Aisyah. Masuklah. Ibtisam ikut abuya dia keluar sekejap dengan Ustaz Muazam."

Aisyah Husna dan teman-teman yang lain sudah biasa memanggil Ustazah Faridah dengan panggilan Kak Long memandangkan Ustazah Faridah jauh lebih tua dari mereka. 'Eh, keluar pulak ustaz ni. Tadi pagi telefon beria-ria sangat nak suruh datang.'
"Hah, ape yang kamu menungkan tu Aisyah?"

"Eh, takde ape lah Kak Long."

"Ni Kak Long nak cakap sikit. Nah minum syai dulu. Kering tekak nanti."

Aisyah Husna mengambil syai yang dituang oleh Ustazah Faridah sebentar tadi lalu diteguknya perlahan-lahan. Ustazah Faridah atau lebih mesra dipanggil Kak Long menjelaskan yang sebenarnya kepada Aisyah Husna. Tujuan Ustaz Muazam mengajaknya berjumpa di situ adalah untuk merisiknya. Ustaz Muazam mahu bertanya dan mendengar sendiri jawapan dari Aisyah Husna. Terkedu Aisyah Husna dibuatnya. Tidak disangka begitu cepat reaksi Ustaz Muazam setelah pertemuan pertama mereka dahulu. Ustaz Muazam mengenalinya sewaktu mereka bersama-sama berganding bahu dalam program usrah yang dianjurkan baru-baru ini.

"Kak Long, Aisyah bukan apa. Rasa tak bersedia lagi. Nak habiskan pengajian dulu. Lagipun nanti nak imtihan. Ustaz Muazam takpelah, dia dah imtihan. Tunggu keputusan lepas tu dah boleh balik."

"Kak Long bagitahu aje. Terpulang pada Aisyah. Takpelah, Aisyah buat istikharah dulu. Nanti dah buat keputusan bagitahu dengan Kak Long ye.. Tapi kalau Aisyah setuju, tunanglah dulu. Tanda dah berpunya. Walimah bila-bila pun boleh, kalau nak langsung terus pun takpe. Maaflah Kak Long tanya, Kak Long rasa Aisyah macam dah ada yang berkenan di hati kot?"

"InsyaAllah nanti kalau Aisyah dah buat keputusan, Aisyah akan bagitahu Kak Long. Kak Long ni, cepatnye nak walimah. Berkenan di hati? Kak Long ni, mana ada." Muka Aisyah Husna berubah apabila disoal begitu. 'Ya, adakah seseorang di hatiku? Ah, mengapa saat ini juga dia muncul?' Aisyah Husna mengomel sendiri.

**********************

Aisyah Husna dilema. Siapakah yang harus diutamakan saat ini. Imtihannya sudah berakhir. Aisyah Husna berjaya dalam imtihannya. Dia tahu dia telah membuatkan Ustaz Muazam tertunggu-tunggu jawapan dari dirinya. Namun, syukurlah Ustaz Muazam memahami situasinya. Aisyah Husna sudah berkali-kali memohon petunjukNya. Namun, jawapan dan petunjuk dariNya masih sama. Aisyah Husna nekad dengan keputusannya. Mama dan ayahnya juga tahu tentang keputusan yang diambil. Petang itu, Aisyah Husna bertandang ke rumah Kak Long untuk memberitahu jawapan darinya. Aisyah Husna nekad, dan dia yakin dengan keputusan dan petunjuk dariNya. 

"Assalamualaikum. Kak Long. Kak Long sihat?"

"Waalaikumussalam. Aisyah. Alhamdulillah, Kak Long sihat. Macam mana imtihan? Mesti ok kan?"

"Imtihan? Alhamdulillah, lulus. Kak Long, Aisyah dah dapat jawapan.."

"Hah, baguslah. Baru je semalam Ustaz Muazam tu datang. Tanya pasal Aisyah. Kak Long cakap kamu nak datang sini hari ni, mungkin dia datang sekejap lagi. Kak Long rasa baik Aisyah cakap sendiri dengan dia, InsyaAllah, ape pun keputusan kamu dia terima."

"Oh ok, terima kasih Kak Long."

"Assalamualaikum.. Abang Long."

"Waalaikumussalam. Hah, Ustaz Muazam. Masuklah, boleh kita mulakan. Ustazah Aisyah Husna dah ada tu."

Pertemuan yang ringkas itu menjawab semua persoalan yang bermain di benak Ustaz Muazam. Kini, hubungan mereka hanya sebagai seorang sahabat. Aisyah Husna sudah ditunangkan oleh keluarganya dengan pilihan hatinya yang dikenalinya sebelum berangkat ke Syria. Tunangnya, Ilhan Naufal Mohamed  merupakan kacukan melayu-arab, kini berada di Mesir dalam jurusan medik. Bakal menyambung pengajiannya di peringkat Master di Ireland bersama bakal isteri tercinta, Aisyah Husna.  'Alhamdulillah, Ustaz Muazam memahami. Semoga jodoh yang Kau tetapkan untuknya adalah yang jauh lebih baik dariku..'

Walimah mereka akan diadakan di Bait sakinah secara sederhana dan kecil-kecilan kerana suami Aisyah, Ilhan Naufal Mohamed akan membawanya ke Mesir dua hari selepas walimah. Aisyah Husna sudah siap mengenakan jubah putih yang dihadiahkan oleh tunangnya yang dikirimkan dua minggu yang lalu. Tiba-tiba telefon Aisyah Husna berdering.
"Waalaikumussalam. Aa..aa..apa? Ya Allah...." telefon bimbitnya terlepas dari tangan. Aisyah Husna rebah. Hafizatul mengangkat telefonnya.

"Ya Allah. Kat mana? Innalillahi wainna ilaihi roji'un.."

Hajat Ilhan Naufal Mohamed untuk menikahi Aisyah Husna tidak kesampaian. Allah lebih menyayangi dirinya. Ilhan terlibat dengan kemalangan yang berlaku sewaktu dia dalam perjalanan ke Bait Sakinah. Ternyata perancangan Allah lebih besar. Allah mengetahui apa yang terbaik buat seseorang. Kehilangan tunang tercinta menyebabkan Aisyah Husna bermurung sudah lebih seminggu.

"Aisyah, sudahlah. Yang pergi, biarlah pergi. Jangan ditangisi pemergiannya. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Aku yakin Ilhan pasti tak nak kau jadi macam ni."
"Hafiza, aku sudah merelakan dia. Tapi...."

"Aisyah, aku tahu kau sayangkan dia. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Kau relakan dia ya.."

Foto Ilhan Naufal Mohamed masih dalam pelukannya. Air mata laju membasahi pipinya. Begitu sukar baginya untuk melupakan insan yang telah tiga tahun bertahta di hatinya. Bagaimana mungkin dia bisa melupakan seorang insan bernama Ilhan Naufal Mohamed.

'Ilhan Naufal Mohamed.. Semoga berbahagia di sana. Ya Allah, tempatkanlah dia di tempat yang mulia. Tempat yang Kau janjikan untuk orang-orang yang soleh. Doaku mengiringimu selalu....'

"Husna, mama tahu Husna sedih. Tapi Husna kena teruskan hidup. Perjalanan Husna masih jauh. Ilhan pun tak mahu Husna bersedih macamni. Minggu depan Husna balik kan? Nanti bagitahu mama flight pukul berapa. Husna jaga diri ya!"
"InsyaAllah mama. Mama, mama terima aje lah pinangan Iyad Nufail. Husna tak kisah, asal dapat dekat dengan Abang.."

"Husna, jangan sebab nak dekat dengan Ilhan Husna terima Iyad. Iyad betul-betul sayangkan Husna."

"Mama, Iyad tu kan kembar Ilhan. Husna pilih dia sebab Husna pun sayangkan dia. Dengan adanya Iyad, Husna akan lebih tenteram dan rasa dekat sangat dengan Ilhan... Husna dah fikir masak-masak.."

"Baiklah Husna. Nanti Husna balik kita jumpa Iyad. Jaga diri ya!"



******************
Iyad Nufail dan Aisyah Husna selamat diijabkabulkan. Aisyah Husna semakin ceria semenjak kebelakangan ini. Walimah mereka turut dihadiri sahabat-sahabat tersayang, Wardatul Ruqayyah, Hafizatul Ain, Syuhada, Ummu dan Kak Long. Sahabat-sahabat Iyad Nufail dan Ilhan Naufal dari Mesir juga turut memeriahkan majlis mereka. Pemergian Ilhan setahun yang lalu bagai meragut senyuman Aisyah Husna. Namun, kehadiran Iyad di sisi mengembalikan kekuatan Aisyah Husna untuk bangun semula. Aisyah Husna tidak pernah segembira itu selepas kehilangan Ilhan. Perubahan yang ditonjolkan sangat menggembirakan mama dan ayahnya serta mama dan papa Iyad. Ternyata perancangan mereka untuk menyatukan Iyad dengan Aisyah adalah perancangan yang baik memandangkan Iyad juga sayang kepada Aisyah. Hubungan kedua-dua keluarga semakin rapat. Pada mulanya, Aisyah Husna menyalahkan dirinya atas pemergian Ilhan, tetapi telah ditegah oleh Mama Aneesa dan Papa Mohamed bahawa itu bukan salah dirinya, tetapi itu kerja Allah. Adik Ilhan Naufal dan Iyad Nufail, Iman Nafeesa juga telah menganggapnya bagai kakak sendiri memandangkan dirinya tidak mempunyai kakak.

"Husna, abang sayang Husna."

"Abang, Husna sayang abang jugak. Abang jangan pergi jauh dari Husna lagi ye."

"Abang nak pergi mana pun, Husna ada kat sini.."

Fikirannya kadang-kadang berterbangan kepada Ilhan memandangkan rupa Iyad Nufail dan Ilhan Naufal sangat seiras. Dan mana mungkin Ilhan, adik kepada Iyad bisa dilupakan. Jarak umur mereka yang agak jauh menyebabkan Husna manja dengan suaminya. Allah memang sayangkan Aisyah Husna. Ujian yang menimpa dirinya begitu banyak, namun katabahan Aisyah Husna telah berjaya menepis semua itu. Imannya diuji. Walaupun kadang-kadang Aisyah Husna pernah walah dengan perasaan sendiri. Aisyah Husna di bawa suaminya, Iyad Nufail berbulan madu sambil mengerjakan umrah. Mereka juga ada melawat Turki, Mesir dan Syria. Selepas 5 bulan menikmati hidup bersama Iyad Nufail, Allah menarik pula Iyad darinya. Ketika itu, Aisyah Husna hamil 2 bulan. Aisyah Husna dimasukkan ke hospital selama seminggu kerana kandungannya lemah. Pemergian kedua-duanya menyentap jiwa raganya.


"Mama, kenapa macamni sekali Allah uji Husna?"

"Husna, jangan cakap macamtu. Sepatutnya Husna bersyukur, Allah uji ni tanda Allah sayang Husna. Husna kena kuat ok.." pesan mamanya.


"Tapi mama, Husna tak kuat....."


"Husna kena jugak untuk baby. Husna jangan fikir lagi, sekarang banyakkan rehat.." pesan Mama Aneesa.


"Husna sayangkan Abang Ilhan dan Abang Iyad mama...." kedua-dua mamanya memeluk Aisyah Husna.

********************


"Sayang, buat apa tu? Tak mengantuk lagi ke?"

"Eh, abang. Abang dah mengantuk ke? Abang masuklah dulu. Husna nak kemas barang-barang baby ni kejap.."

"Jangan lama-lama ye. Kesian abang tunggu.."

"Ye abang, kejap eh.."

Kini, Aisyah Husna ditemani Muazam Adri, lelaki yang pernah merisiknya dahulu, jodoh yang Allah tetapkan untuknya. Perkenalan Aisyah Husna dengan Ilhan Naufal dan Iyad Nufail hanyalah untuk mengisi episod hidupnya. Muazam Adri dan Aisyah Husna dikurniakan dua orang putera yang comel. Anaknya yang ketiga yang bakal lahir hujung bulan Mei nanti adalah seorang puteri.

Ilhan Naufal bin Muazam adri

Iyad Nufail bin Muazam Adri

Aina Mardhiyah binti Muazam Adri


>>>>ni saja je aku karang, citer ni panjang lagi sebenarnya..tapi dpendekkan sebab nanti orang tak larat nak membaca..hukhuk..apaapa silalah komen ye..entah mana aku dapat idea entah... yang aku tau citer ni macam TAK BEST+BORING..saja je..suke hatilah nak baca ke tak..hukhuk :)

Ilhan dan Iyad thanks! My love <3

[yang sebenarnya aku rindu kat SYRIA.. Bila lagi aku nak sampai sana balik? SYRIA oh SYRIA...]

2 comments:

  1. dalam bahagia mungkin terselit duka
    tak siapa tahu
    tak siapa pinta ujian bertamu
    bibir mudah mengucap sabar
    tapi hatilah yang remuk menderita
    insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran
    segala takdir
    terimalah dengan hati tebruka
    walau terseksa ada hikmahnya.....

    nak tau sambungan ?

    silala dengar lagu mestica-rahmat ujian ^_^

    ReplyDelete