Pengalaman pertama aku ditawarkan menjadi guru ganti, tanggal 9 februari 2010 [tarikh keramat]. Ni lah orang kata kerja 'part-time', kerja sementara tungu result SPM. Mula2 takut jugak, macammacam aku fikir..
"layak ke aku ni?"
"ilmu tak seberapa, nak ajar orang pulak"
tetapi mama menguatkan semangat aku,
"kita buat apa pun mesti kerana Allah, insyaAllah yg susah akan jadi mudah.."
Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan ibu setabah mama..
Sememangnya aku tak nak cari kerja..nak duduk rumah dengan adikadik & family sebelum aku berangkat ke manamana. Rezki Allah luas, tak tahu lagi Allah nak tetapkan aku belajar di mana. Dan yang pastinya, apa yg ditetapkan adalah yg TERbaik untukku..
Macam biasa, setiap hari aku kena punch kad pukul 1 petang..oh ya, untuk pengetahuan semua, aku mengajar sesi petang..kekadang terkocohkocoh jugak nak kejar waktu tu, lunch pun tak sempat..jadi alihalih bawak la bekal [macam zaman sekolah dulu]..lepas tolong mama masak, dah nak kena siap nak masuk sekolah..selalu mama hantar aku ke sekolah tempat aku mengajar, kerana mama juga mengajar sesi petang..jadi kami samasama berkhidmat kerana Allah untuk mendidik anak bangsa..[cewaah, ayatku..]
>>>>>>>>>Banyak lagi yg nak dikongsi, tapi untuk malam ni setakat ni dulu..aku nak kena study, ada exam.. + + mata dah kuyu, ade rezki dan Allah panjangkan umurku, aku akan menulis lagi..kisah anak-anak muridku..macammacam keletah diorang ni..nak tau?? tungguuuuu lah ye.. XD
No comments:
Post a Comment