Assalamualaikum :)
Adakalanya, bahkan sebenarnya kita sering TERlupa. Bahawa, kita milik Dia. HAK MILIK KEKAL. Noktah. Bukan milik sesiapa. Kita sering leka dengan keseronokan dunia. Hari demi hari, semakin jauh. Sedang Dia, sentiasa memerhati kita, tunggu waktu untuk kembali padaNya. Tapi, pernahkah? Kita hanya kembali padaNya apabila kita rasa tertekan, dibelenggu masalah, resah, sakit, baru kita akan kembali padaNya bukan?
Yang menulis bukan sesiapa, tetapi sekadar peringatan, bermulanya dari diri sendiri. Ingat, apa pun yang bakal berlaku, bukan atas kuasa kita. Tetapi Dia. Dia. Dia Yang Satu. INGAT. Jadi usahlah kita khuatir, takut dan resah dek sesuatu yang tidak pasti. Doa itu senjata bukan? Ad-dua' silahul mukmin. Sekalipun kita ditakuti dengan sesuatu perkara, ingat, semua atas izinNya. Perancangan kita jauh, jauh lebih kecil dari Dia. PeraturanNya untuk kita sangat Hebat. Sesuatu yang tidak kita jangka mungkin terjadi. Ya Allah...
" Pernahku minta pada ALLAh setangkai bunga segar. Diberi aku kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu, tetapi DIA beri aku ulat berbulu. Namun, kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali. Dan ulat itu pun, menjadi kupu-kupu yang cantik..."
Itulah jalan ALLAH, indah pada masaNYA... Dia tidak memberikan apa yang kita harapkan, tetapi Dia memberikan apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka, tetapi jauh di atas segalanya DIA telah mengatur yang TERbaik dalam kehidupan kita...

No comments:
Post a Comment